Home / Berita Terkini / Esok, Asteroid yang bersaiz 137 meter hampiri orbit Bumi

Esok, Asteroid yang bersaiz 137 meter hampiri orbit Bumi

Data pengesan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) sedang memantau sebuah asteroid bersaiz 137 meter (m) yang dijangka melintasi orbit Bumi pada Jumaat ini, lapor akhbar Daily Star semalam.

Asteroid yang digelar 2021RE itu dijangka berada pada jarak 5.47 juta kilometer (km) dari Bumi pada hari tersebut.

Sebagai perbandingan, jarak dari bulan ke Bumi adalah sejauh 384,400 km.

2021RE akan bergerak pada kelajuan 30,000 meter sejam dan akan menyebabkan lekuk yang besar sekiranya ia melanggar Bumi.

Sementara itu, dalam tempoh beberapa hari akan datang, beberapa objek bersaiz antara sebuah rumah dan sebuah pesawat dijangka melintas dalam jarak yang hampir dengan Bumi.

Awal bulan ini, NASA mendedahkan satu kajian baharu yang meningkatkan kemungkinan bahawa sebuah asteroid digelar Bennu yang memiliki lebar 536 m akan melanggar Bumi antara sekarang hingga tahun 2300.

Batu ruang angkasa jenis C yang disenaraikan sebagai ‘objek yang berpotensi mendatangkan bahaya’ kepada manusia itu ditemui pada tahun 1999.

Bennu merupakan salah satu daripada dua asteroid paling berbahaya yang ditemui dalam sistem solar.

Artikel asal Kosmo Online dan Media Sosial

Nusantara Morning Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *