Home / Info Dunia Islam / [Video] Ketika Sungai Furat kering akan ternampak perbendaharaan emas, janganlah ambil, Tanda2 kiamat sudah menghampiri

[Video] Ketika Sungai Furat kering akan ternampak perbendaharaan emas, janganlah ambil, Tanda2 kiamat sudah menghampiri

Furat, salah sebuah sungai paling lama dan terpenting dalam sejarah Asia Barat. Bersama dengan Tigris, ia adalah salah satu dari sungai Mesopotamia, tamadun terawal yang lahir di dunia – kini terletak di Iraq, timur Syria, tenggara Turki dan barat daya Iran.

Sungai Furat atau lebih dikenali dengan nama Eupharates turut memiliki nama lain dalam bahasa Arab, iaitu al-Fural, bermaksud air paling segar.

Panjang sungai ini dikirakan melebihi 2,781 kilometer. Ia mengalir dari Turki Timur, seterusnya melalui Syria, Iraq, kemudian menyertai Sungai Tigris di Shatt al-Arab yang bermuara di Teluk Parsi.

Menurut Dr. Syauqi Abu Khalil dalam Atlas al-Hadis an Nabawi, Furat merupakan sungai yang mengalir dari timur laut Turki. Berpunca dari situ, sungai tersebut kemudian membelah pergunungan Toros, melewati Syria di kota Jarablus, melalui Iraq di kota al-Bukmal dan bertemu Sungai Tigris di al-Qurnah yang bermuara di Teluk Arab. Pendek kata, Furat memang sebuah sungai yang cukup-cukup panjang.

Dari dulu sampai sekarang, Sungai Furat telah memberi kehidupan kepada masyarakat di sekitarnya. Berdasarkan sejarah, sungai ini jugalah yang membawa kepada kemunculan tamadun Sumeria lebih kurang abad keempat Sebelum Masihi (SM).

Kebanyakan bandar purba penting seperti Mari, Sippar, Nippur, Shuruppak, Uruk dan Eridu juga terletak di tebing sungai ini. Bahkan, pusat empayar Babylon dan Assyria turut terbentuk di sini.

Difahamkan, semasa di bawah pemerintahan Saddam Hussein pada pertengahan tahun 80-an, kerajaan Iraq telah membina empangan di sepanjang Sungai Furat. Kesan daripada projek itu, ia telah menenggelamkan sebahagian besar kawasan yang mana ada di antaranya terdapat binaan tamadun terdahulu.

Bagaimanapun pada tahun 2009, Iraq dilaporkan mengalami kemarau teruk menyebabkan paras air empangan susut sehingga menampakkan hampir 90 peratus kawasan yang dahulunya tenggelam. Malah dua anak Sungai Furat iaitu al-Balikh dan al-Khabur turut dilaporkan sudah mengering airnya.

Kejadian kemarau tersebut secara tidak langsung telah mendedahkan kawasan arkeologi purba yang sama sekali tidak pernah difikirkan sebelum ini.

Ratib al-Kubaisi, seorang Pegawai Jabatan Antikuiti di wilayah Anbar berkata, ramai menyangka Anbar ialah sebuah kawasan padang pasir yang tidak mempunyai nilai sejarah. Akan tetapi, sangkaan itu silap.

Dengan terjumpanya istana lama – penempatan tamadun manusia pertama di Iraq, ia menjadikan Anbar sebagai sebuah kawasan arkeologi terpenting di negara ini.

Sa’ad Naji, seorang nelayan di sungai tersebut turut memberitahu bahawa sejak air sungai surut ke paras paling rendah, beliau dan rakan-rakan nelayan yang lain telah menjumpai banyak barang-barang bersejarah. Antaranya, tempayan dari tanah liat, tulang lama, duit syiling bahkan barang perhiasan emas.

Perihal surutnya sungai Furat ini telah dinyatakan dalam beberapa hadis sahih.

Antaranya, daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata ‘mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu’.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dalam hadis lain, daripada Abu Hurairah r.a, Nabi bersabda: “Hampir saja Sungai Furat kering airnya lalu menampakkan simpanan harta berupa emas. Maka barang siapa yang hadir menemukannya, janganlah mengambil sesuatu daripada simpanan harta itu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Apa yang dimaksudkan dengan sebuah gunung daripada emas itu?

Para pengkaji mengatakan, segunung emas itu merujuk harta berupa emas. Pada zahirnya, ia tidak menunjukkan kepada benda lain seperti peninggalan istana lama atau artifak arkeologi lain.

Cuma, ada beberapa tafsiran menyatakan gunung emas itu berbentuk majazi yang merujuk kepada emas hitam atau minyak. Ia merupakan sumber kekayaan bagi sesiapa yang menemukannya. Pendapat itu ada juga logiknya. Akan tetapi, tafsiran itu tiada sandaran yang kuat dan kurang tepat.

Jika dibuat perbandingan dengan apa yang disebutkan Nabi dalam hadis, perkataan segunung emas yang dimaksudkan itu sebenarnya bukanlah isyarat kepada kemunculan minyak. Tambahan pula, minyak tidak timbul dari sungai, sebaliknya ia perlu dicari dan digali di perut Bumi. Apatah lagi, telaga minyak tidak pernah ditemukan di Sungai Furat, tetapi banyak dijumpai di negara-negara teluk sekitar Iraq.

Mengapa Nabi melarang siapa pun mengambil harta terpendam itu?

Ia sebenarnya bagi mengelakkan perlumbaan memperoleh atau mengumpul harta dunia antara seluruh umat manusia. Ini kerana, perbuatan tersebut boleh mengundang bermacam-macam bencana seperti perang dan perebutan kuasa.

Kembali kepada zahir hadis, akan berlaku perkara itu tetapi tidak diketahui bila waktunya.

Laporan mengatakan Sungai Furat telah surut berkemungkinan kerana faktor empangan yang dibina di situ. Empangan di sepanjang sungai itu merupakan keenam terbesar di dunia. Kemungkinan air sungai surut disebabkan air dari empangan disekat. Dan kalaupun ada, kemungkinan hanya melibatkan beberapa cabang sungai kecil, bukannya sungai utama.

Hadis Nabi menyebut, tidak terjadi hari kiamat sehingga air Sungai Furat surut. Ulama al-Hafiz Ibn Hajar juga berkata, surutnya air Sungai Furat merupakan tanda permulaan kemunculan Imam Mahdi.

Bila ia akan berlaku? Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya.

Artikel asal UtusanTv dan Mstar Online.

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

inilah-laut-m4ti-bukti-b4la-yang-diturunkan-allah-swt-terhadap-kaum-nabi-luth-as-akibat-mel4wan-perintah-nya-allahu-akbar.

Inilah Laut Mati Bukti Bala Yang Diturunkan Allah SWT Terhadap Kaum Nabi Luth A.S Akibat Mel4wan Perintah-Nya ..Allahu Akbar..

Allahu Akbar.. Inilah Laut M4ti Bukti B4la Yang Diturunkan Allah SWT Terhadap Kaum Nabi Luth …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *