Home / Berita Terkini / Kanak2 buka ‘gerai lukisan’ tepi jalan raih sambutan menggalakkan

Kanak2 buka ‘gerai lukisan’ tepi jalan raih sambutan menggalakkan

Walaupun usia mereka masih kanak-kanak namun bakat sebagai seorang pelukis dan peniaga sudah terserlah.

Itulah kisah dua beradik yang tular di media sosial Facebook hari ini apabila ‘gerai jualan’ lukisan mereka mendapat sambutan dari penduduk setempat.

Menurut bapa kepada kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Fadhil Zainuddin, anak sulungnya meminta dia membuka sebuah ‘kedai’ untuk menjual lukisannya.

“Petang tadi (semalam) layan anak sulung aku jual lukisan dia,punya beria dia nak bukak kedai,dia kata dekat aku “depan rumah pun takpe” jadi aku pun layankan sahaja.

“Aku tak nak patahkan semangat dia tu,jadi aku sediakan tempat dia dan aku tinggalkan dia dengan adik dia biar mereka cuba jual sendiri,tak sangka semua 6 lukisan dia habis dijual,” katanya di Facebook semalam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman sosial bangga dengan bakat yang ditunjukkan kanak-kanak terbabit untuk berniaga walaupun diusia yang masih kecil.

“Kecik-kecik dah pandai berniaga dan ada seni, bukan semua orang ada,”tulis MohdBaiduizzaman MohamadFuad.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Zafirah Izzati.

“Viral kat Twitter, jual 6 lukisan tapi dapat duit lebih good luck adik kumpul duit,” tulisnya.

Pada masa sama, orang ramai turut memuji usaha kedua ibu bapanya yang turut menyokong usaha kanak-kanak tersebut.

Kosmo! difahamkan gerai lukisan kanak-kanak tersebut berada di sekitar Kampung Melaysia Raya, Sungai Besi, Kuala Lumpur. –

Sumber Kosmo ONLINE  dan media sosial

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *