Seorang pesakit terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selain perlu diintubasi berikutan pengambilan pil Ivermectin setiap hari ketika menerima rawatan di salah sebuah hospital baru-baru ini.
Perkara itu didedahkan seorang doktor dikenali Luqman Alhakim menerusi per.kongsian di laman Twitter miliknya ketika menceritakan kesan pengambilan Ivermectin terhadap pesakit Covid-19.
“Sa.lah seorang pesakit menyeludup masuk Ivermectin den.gan menukarkannya ke dalam botol vitamin C dan men.gambil pil berkenaan setiap hari ketika berada di wad.
“Sekarang sudah masuk ICU dan diintubasi. Tolong jangan berbohong kepada kami, ia (Ivermectin) tidak selamat dan membahayakan kesihatan,” ciapnya ringkas.
Dalam pada itu, Luqman Alhakim turut me.minta setiap pesakit supaya bersifat jujur dengan sejarah pengambilan ubat-ubatan serta tidak menipu doktor.
Dalam pada itu, Pusat Racun Negara se.belum ini mengesahkan bahawa pihaknya telah mula menerima kes keracunan yang diakibatkan oleh pengambilan Ivermectin.
Katanya, kes pertama yang diterima me.libatkan seorang pengguna berumur 35 tahun yang telah mengambil sebiji pil Ivermectin.
“Akibat pengambilan sebiji pil itu, peng.guna tersebut telah mengalami gejala sesak nafas yang berpanjangan sehingga lima hari selepas pengambilan.
“Kes kedua pula melibatkan seo.rang warga emas yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri se.lepas dikatakan mengambil 15 biji pil Ivermectin sekali gus,” jelasnya.
Pengambilan Ivermectin menjadi popular ketika ini ber.ikutan didakwa oleh se.setengah pihak sebagai satu cara dalam merawat Covid-19. –
Sumber Kosmo Online
Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab ter.hadap komentar yang diutarakan me.lalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak se.mestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Se.gala risiko akibat komen yang disiarkan men.jadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share