Home / Berita Terkini / Lebih 30 tahun jadi penyeludup beras Siam

Lebih 30 tahun jadi penyeludup beras Siam

Seorang penyeludup mendedahkan bahawa dia mampu membawa masuk satu tan beras Siam ke negara ini setiap bulan dengan me­nyeberangi Sungai Golok menggunakan bot.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Lee, 45, berkata, sekali perjalanan menggunakan bot, dia boleh membawa sebanyak 50 kilogram (kg) beras Siam dengan 10 kampit bagi beras 5 kg dan 7 kampit beras 7 kg.

Katanya, dia mula terdedah dengan aktiviti penyeludupan sejak berusia 15 tahun dengan mengambil upah sebagai ‘mata-mata’ yang ditugaskan untuk mengintip pergerakan anggota pasukan keselamatan.

“Pada saya, kerja membawa masuk beras ke negara ini hanya melanggar hukum kerajaan, namun tidak melanggar hukum tuhan.

“Saya hanya menyeludup masuk barangan keperluan ha­rian dari Thailand terutama beras. Barangan salah seperti dadah, senjata api, pendatang asing tanpa izin (PATI) saya tidak buat,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Cerita Lee, kerja membawa masuk beras agak rumit kerana penyeludup itu perlu memasukkan beras ke dalam bot selain memastikan tidak melebihi muatan sebelum menyeberangi Sungai Golok.

Lee yang hanya mengambil upah sebagai penyeludup berkata, dia mampu memperoleh upah sebanyak RM2,000 sebulan bergantung kepada jumlah bekalan yang dibawa masuk.

Katanya, bagaimanapun, sejak Pasukan Gerakan Am (PGA) mengetatkan kawalan di sempadan negara dalam Ops Benteng Covid-19 bulan lalu, dia dan rakan-rakan yang lain berdepan sedikit kesukaran.

Sementara itu, seorang lagi penyeludup yang hanya dikenalli sebagai Jeng mendedahkan, dia hampir dicekup penguat kuasa, namun berjaya meloloskan diri dengan menyeberangi Sungai Golok baru-baru ini.

Katanya, sejak insiden itu, dia mula memperlahan kegiatan mengambil upah menyeludup beras dan beralih kepada pertanian sebagai mata pencarian.

“Kebanyakan penduduk di sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang mewarisi pekerjaan dengan mengambil upah sebagai penyeludup beras sejak turun temurun.

“Kerja ini berisiko, namun mudah untuk mendapat upah sekiranya kerja diselesaikan mengikut jadual,” katanya.

Sumber : Kosmo dan media sosial

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *