TEMERLOH, Pahang– Industri penternakan ikan patin yang cukup popular di daerah ini sehingga digelar sebagai bandar ikan patin kini terkesan teruk akibat penularan pandemik Covid-19 sejak lebih setahun lalu.
Aktiviti penternakan ikan patin se.belum ini menjadi tumpuan golongan muda kerana menjanjikan pendapatan yang lumayan, namun kini mereka terpaksa me.nanggung kerugian.
Lambakan ikan patin mula ber.laku akibat penutupan operasi kedai makan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Malah, ketika ini masih ramai pen.gusaha restoran yang tidak membuka sepenuhnya operasi perniagaan mereka sepanjang pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) berfasa me.nyebabkan permintaan terhadap bekalan ikan patin berkurangan.
Seorang penternak, Nazimi Mohd. Rodzi, 37, berkata, situasi itu menyebabkan penternak ikan patin di sepanjang Sungai Pahang dan Sungai Semantan di sini dihimpit ke.bimbangan.
Menurutnya, dia yang mem.punyai kira-kira 40,000 ekor ikan patin di dalam 11 sangkar di Sungai Semantan terpaksa mencari alternatif lain untuk memasarkan ikan berkenaan.
“Sebelum ini saya boleh me.masarkan sehingga 200 ekor i.kan sehari ke pasar basah dan pasaran tempatan, tetapi kini hanya mampu menjual secara puratanya 20 ekor ikan sehari,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Nazimi berkata, ke.adaan itu juga men.yebabkan ikan patin yang kebiasaannya habis dijual ke.tika mencapai berat 800 gram, tetapi kini mencapai berat lebih satu kilogram, malah ada ikan yang mati.
“Situasi ini men.yukarkan lagi untuk ikan-ikan ini dijual kerana pembeli biasanya akan memilih ikan yang beratnya kurang daripada satu kilogram.
“Peniaga kedai ma.kan juga ketika ini tidak dapat beroperasi sepenuhnya menyebabkan mereka mengurangkan permintaan.
“Pengusaha res.toran juga hanya membeli ikan patin daripada penjual yang dapat memberikan harga di bawah harga pasaran,” ujarnya.
Harga bo.rong ikan patin ialah RM13 sekilogram.
Katanya, ikan2 patin yang sebelum ini dipasarkan di luar Pahang juga tidak dapat dijual ekoran larangan rentas negeri.
Seorang lagi pen.ternak, Mohamad Fikri Abdul Rahman, 31, berkata, kerugian yang dialami menyebabkan dua rakannya yang sama-sama berkongsi modal untuk memulakan penternakan ikan patin sejak tahun 2015 bertindak menarik diri.
Katanya, dia juga ter.beban untuk menyediakan makanan ikan itu dalam keadaan harga makanannya yang semakin naik.
“Ber.dasarkan bajet, satu sangkar ikan memerlukan kos sebanyak RM6,000 untuk makanan semusim iaitu lapan bulan, namun kini telah setahun lebih menyebabkan kosnya melebihi bajet dan saya tidak mampu lagi membeli makanan ikan.
“Saya ti.dak tahu apa lagi hendak dibuat kerana kalau dapat dijual dalam jumlah yang sedikit, ia sekadar mampu menampung untuk membeli makanan ikan.
“Kami go.longan muda tidak boleh lagi bergantung kepada penternakan ikan dan mungkin terpaksa cari kerja lain,” ujarnya.
Sumber : Kosmo dan media sosial
Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share