Home / Berita Terkini / Gara2 Sebar Video tidak benar pasal Vaksin, Suri Rumah Didenda RM12 Ribu

Gara2 Sebar Video tidak benar pasal Vaksin, Suri Rumah Didenda RM12 Ribu

KL: Tindakan seorang suri rumah yang menyebarkan video tidak benar tentang vaksin Mei lalu, mengundang padah apabila dia didenda sebanyak RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim M.M Edwin Paramjothy memjatuhkan hukuman denda itu terhadap Tengku Noor Azlin Wa Kembang Tengku Azizan ,46, selepas wanita itu selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya Tengku Noor Azlin gagal membayar jumlah denda itu, dia boleh dipenjara selama enam bulan dan OKS membayar jumlah denda berkenaan

Terdahulu sebelum hukuman denda itu dijatuhkan, hakim itu berkata kesalahan yang dilakukan OKS berkemungkinan mendatangkan kebimbangan kepada orang awam sekaligus membantutkan usaha kerajaan dalam memerangi pandemik.

“Tempoh masa kesalahan yang dilakukan adalah pada masa kerajaan bertungkus-lumus dalam menjalankan program vaksinasi secara menyeluruh untuk membasmi penularan wabak Covid-19, ” kata hakim itu.

Mengikut pertuduhan, Tengku Noor Azlin didakwa dengan niat untuk menyebabkan kebimbangan kepada orang awam telah menyebarkan berita tidak benar melalui satu hantaran video yang bertajuk ‘siapa yang dah  daftar! lelaki ini bongkar bahayanya vaksin Covid-19? melalui perkhidmatan Facebook dengan menggunakan nama profil ‘Kak Siti Wakembang’.

Hantaran itu dibuat pada 25 Mei 2021 pukul 11.44 malam yang kemudian dibaca pada 3 Jun 2021 pukul 8.30 pagi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (kuasa-kuasa perlu)(No.2 ) 2021 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu OKS yang tidak diwakili peguam dalam rayuanynya memohon mahkamah mengurangkan hukuman dengan alasan tidak bekerja dan hanya seorang suri rumah.

“Saya mengaku bersalah…dalam kes ini niat saya bukan untuk memviralkan (video) sebaliknya untuk sahabat saya komen dan pendapat mereka dengan video itu,” katanya.

Bagaimanapun Pengarah Pendakwaan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap OKS kerana perbuatannya boleh mendatangkan kebimbangan tatkala negara masih lagi berperang dengan Covid-19.

Sumber K! ONLINE dan media sosial

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *