Bagaikan dalam filem, enam warga Palestin berjaya memboloskan diri daripada penjara yang dikawal ketat di utara Israel selepas menggali lubang di bawah singki.
Kejadian yang merupakan antara insiden memalukan di negara haram itu memaksa pihak berkuasa Israel melancarkan usaha memburu enam warga Palestin itu, yang turut membabitkan seorang yang didakwa Israel bekas komander Briged al-Aqsa, Zakaria Zubeidi.
Susulan itu, operasi besar-besaran digerakkan di Tebing Barat untuk mengesan enam individu berkenaan.
Menurut pihak berkuasa Israel, kesemua tahanan itu meloloskan diri menerusi lubang yang dikorek di tandas yang kemudiannya bersambung dengan terowong yang wujud ketika penjara itu dalam pembinaan.
Kehilangan keenam-enam tahanan terbabit hanya disedari pegawai penjara kira-kira tiga jam selepas mereka bertindak meloloskan diri. Itupun, selepas orang awam ternampak keadaan yang mencurigakan di luar penjara Gilboa.
2/ Tawanan yang berjaya melepaskan diri:
4 orang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup; Mahmud Al-Aridah, 46 tahun. Muhammad Al-Aridah, 39 tahun. Ya'qub Qadiri, 39 tahun. Iham Kamamji, 35 tahun.
2 orang ditahan tanpa bicara; Zakariyya Zabidi 45 tahun & Munadil 26 tahun. pic.twitter.com/qrlXY9cKml
— Fakhri 🇲🇾🇵🇸 (@fakhrifadzli) September 6, 2021
Difahamkan lima daripada tahanan tersebut diperjarakan seumur hidup kerana didakwa terlibat dalam serangan ke atas rakyat Yahudi. Manakala Zakarian ditangkap atas dakwaan melakukan keganasan di sebuah kampung di Tebing Barat pada tahun 2019.
Menurut pihak berkuasa Israel, tidak diketahui bagaimana lubang yang hanya memuat seorang lelaki dewasa berjaya digali menggunakan sudu kerana perkakas yang diperbuat daripada logam tidak dibenarkan dibawa masuk dalam penjara.
Pegawai penjara mengeluarkan video yang menunjukkan sebuah terowong sempit yang digali di bawah singki.
Dalam pada itu, kumpulan Hamas menyifatkan kejayaan tahanan tersebut melarikan diri sebagai tindakan berani dan dianggap sebagai hero dan juga merupakan satu kegagalan terhadap sistem perjara Israel.
“Kejayaan besar ini sekali lagi membuktikan bahawa keazaman dan kecekalan askar kami yang ditahan di dalam penjara musuh tidak dapat dikalahkan,” kata seorang jurucakap pergerakan Hamas, Fawzi Barhoum.
Pihak Israel melaporkan, siasatan awal mendapati pegawai di Penjara Gilboa gagal melakukan pemeriksaan rutin sehingga memberi peluang kepada semua tahanan terbabit menggali lubang di sel mereka dalam usaha meloloskan diri.
3/ Gambar lubang terowong diluar penjara yang telah berjaya digali oleh tawanan Palestin tersebut. Kehilangan mereka disedari sejam selepas mereka membebaskan diri apabila terdapat laporan sekumpulan lelaki yang mencurikan berada di luar pagar penjara. pic.twitter.com/wMjkQ2FCGt
— Fakhri 🇲🇾🇵🇸 (@fakhrifadzli) September 6, 2021
Malah, pihak penjara gagal menghidu rancangan awal tahanan terbabit yang sebelum itu membuat permohonan untuk ditempatkan dalam sel yang sama.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett dalam satu kenyataan, menyifatkan insiden itu sebagai ‘kejadian serius’ dan mengikuti perkembangan pencarian secara terperinci.
Penjara terletak sekitar 4 kilometer dari sempadan Tebing Barat yang diduduki Rejim Zionis itu merupakan antara penjara kawalan paling ketat di Israel.
https://twitter.com/mariame_fneiche/status/1434845329694863362/
Ia menempatkan rakyat Palestin yang didapati bersalah atau disyaki terlibat dalam aktiviti anti-Israel termasuk serangan maut.
Artikel asal sinar harian, odisi.my dan media sosial
Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share