Home / Info Dunia Islam / Zul Yahya ajak Orang Ramai banyakkan Amal Ibadah Dan Tinggal Perkara Yang Sia-sia

Zul Yahya ajak Orang Ramai banyakkan Amal Ibadah Dan Tinggal Perkara Yang Sia-sia

“Kita tak boleh lagi bebas macam dulu, bebas untuk beribadah. Allahuakbar! Ini pengajaran bagi kita. Iman masih lagi belum sempurna.

Pelakon Zul Yahya mengajak orang ramai memperbanyakkan amal ibadah dan meninggalkan perkara yang sia-sia termasuk mengejar kehidupan dunia sehingga lalai menjadi umat Muhammad yang berguna.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook berkata, wabak Covid-19 yang menimbulkan kegelisahan masyarakat dunia dianggap sebagai peringatan Allah SWT untuk hambaNya yang banyak melakukan dosa.

Mengakui dirinya masih jahil, pelakon berusia 47 tahun itu meluahkan perasaan sedih apabila kehidupan ketika ini sudah terbatas kerana masjid dan surau telah kurang dikunjungi bagi mengelak penularan wabak tersebut.

“Kita tak boleh lagi bebas macam dulu, bebas untuk beribadah. Allahuakbar! Ini pengajaran bagi kita. Iman masih lagi belum sempurna. “Cukuplah, kita dah banyak buat kemungkaran dan perkara Allah tak suka. Banyak maksiat berlaku, perlakuan songsang,”

katanya. Dalam video berdurasi 23 minit 11 saat itu, Zul menyeru orang ramai menghidupkan suasana masjid di dalam rumah dengan melakukan amal ibadah dan memperbaiki diri masing-masing.

“Sentiasa lihat kebesaran Allah SWT, jangan lagi lihat kebesaran dunia. Tengok Allah hantar makhluk yang kecil je, huru-hara dah satu dunia, “Sampai bila kita nak biarkan masjid sepi? Sepi tiada tangisan dan amalan. Tiada apa-apa ibadah di masjid.

“Kita yang ada agama pun tak dapat nak tunjuk agama kita pada orang tiada agama. Allah dah sediakan syurga untuk kita tapi kita tak nampak,” ujarnya.

“Kita yang ada agama pun tak dapat nak tunjuk agama kita pada orang tiada agama. Allah dah sediakan syurga untuk kita tapi kita tak nampak,” ujarnya.

Anda dah baca? Jangan lupa komen, Like dan share ya. Terimah kasih

Advertisement

About Cucu

Check Also

inilah-laut-m4ti-bukti-b4la-yang-diturunkan-allah-swt-terhadap-kaum-nabi-luth-as-akibat-mel4wan-perintah-nya-allahu-akbar.

Inilah Laut Mati Bukti Bala Yang Diturunkan Allah SWT Terhadap Kaum Nabi Luth A.S Akibat Mel4wan Perintah-Nya ..Allahu Akbar..

Allahu Akbar.. Inilah Laut M4ti Bukti B4la Yang Diturunkan Allah SWT Terhadap Kaum Nabi Luth …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *