Home / Berita Terkini / [Video] Muncul pula Ikan Yu seberat 5 Tan di perairan Kuala Perlis

[Video] Muncul pula Ikan Yu seberat 5 Tan di perairan Kuala Perlis

Perairan Kuala Perlis dikunjungi ikan yu paus setelah kelibat hidupan laut yang dianggarkan seberat lima tan metrik tersebut ditemui pada jarak enam batu nautika dari Pantai Kuala Sungai Baru di sini, petang tadi.

Ikan yu paus tersebut ditemui salah seorang daripada pengasas Perlis Nature and Wildlife (PNW), Khairul Anuar Abas, 31, ketika sedang melakukan rondaan di perairan kira-kira pukul 2.08 petang.

Pengasas PNW, Syamil Abd. Rahman berkata, ikan yang boleh mencecah 15 tan metrik itu adalah spesies yang sukar ditemui di perairan Kuala Perlis.

Katanya, penemuan tersebut adalah secara tiba-tiba kerana secara kebetulan ikan itu sedang bermain di kawasan berkenaan dan timbul di permukaan air.

“Ikan ini tidak mengundang bahaya kepada manusia dan hanya akan mengikut bot di perairan ini sahaja.

Sebelum ini, Video Nelayan lepaskan Ikan Yu yang terkena pukat Tahun 2020 Di perairan Kuala Kedah

“Memang tak sangka dia (Khairul Anuar) boleh menemui ikan yang jarang-jarang ada di sini,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, ikan yu paus yang ditemui itu lebih besar daripada bot gentian kaca nelayan.

“Ikan tersebut juga jika ditemui biasanya semasa cuaca cerah dan berada kira-kira tiga hingga enam batu nautika dari pantai,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seekor ikan lumba-lumba jenis Irrawaddy sepanjang 2.5 meter dengan berat kira-kira 150 kilogram ditemui mati terdampar di tepi laut berhampiran Kampung Kurung Tengar, Kuala Perlis kira-kira pukul 9 pagi tadi. –

Sumber: Kosmo dan Media Sosial

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *