Home / Berita Terkini / [Video] Lori rempuh dan sondol enam kereta, king ‘penyek’

[Video] Lori rempuh dan sondol enam kereta, king ‘penyek’

Beberapa buah kenderaan mengalami kerosakkan selepas dirempuh sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh di sini petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang tersebut telah dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta yang memaparkan dengan jelas mengenai insiden tersebut.

Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan kira-kira tujuh buah kenderaan telah terlibat dalam kejadian tersebut antaranya Perodua Myvi, Honda HRV, Kia Sorento dan Proton X70.

Rempuhan terbabit turut menyebabkan sebuah kereta Proton X70 melanggar sebatang pokok dan terangkat ke atas bersama Honda HRV akibat rempuhan tersebut.

Keadaan mangsa yang terlibat dan punca kejadian tidak dapat dipastikan.

Difahamkan, kenyataan polis berhubung kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat. –

Artikel asal Kosmo ONLINE

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *