Home / Berita Terkini / Tanah RM7 juta dikebas Tangan ghaib

Tanah RM7 juta dikebas Tangan ghaib

KL, Dua beradik wanita berusia 50-an terkejut mendapati tanah milik mereka di tengah ibu kota dianggarkan bernilai lebih RM7 juta berpindah milik kepada sebuah syarikat tanpa pengetahuan.

Persoalannya, bagaimana pejabat tanah boleh meluluskan pemindahan hak milik tanah lot seluas 1,858 meter persegi (20,000 kaki persegi) itu kepada syarikat berkenaan tanpa keizinan pemilik asal.

Susulan perkara itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada 12 Ogos lalu dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

Sumber memberitahu Harian Metro mangsa hanya menyedari kehilangan hak milik tanah selepas dimaklumkan anak saudaranya pada 10 Ogos lalu.

“Dia melakukan semakan dengan pegawai pejabat tanah dan mengakui terkejut apabila tanah miliknya disahkan sudah ditukar hak milik kepada syarikat berkenaan tanpa pengetahuannya.

Mangsa mendakwa tidak pernah berurusan dengan mana-mana pihak dan membuat pemindahan hak milik tanah kepada mana-mana individu ataupun syarikat. Lebih menghairankan bagaimana tanah boleh dipindah milik tanpa pengetahuan pemilik tanah itu sendiri. Urusan tukar hak milik tanah ini bukan benda mudah, saya khuatir ada perkara tidak betul berlaku di pejabat tanah itu,” katanya kepada Harian Metro.

Sumber sama memaklumkan susulan laporan dibuat mangsa, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menahan lima lelaki termasuk peguam yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

“Tangkapan dilakukan di sebuah rumah di Ukay Perdana, Ampang dan di IPD Dang Wangi selepas semua individu selesai memberi keterangan,” katanya.

Ditanya mengenai identiti mereka yang ditahan itu, sumber memaklumkan individu terbabit adalah peguam yang menyediakan dokumen serta pekerja yang ditugaskan menghantar dokumen berkenaan.

“Setakat ini tiada lagi pegawai pejabat tanah ditahan untuk siasatan. Pasukan polis menyiasat kes berkenaan termasuk penyaluran wang yang dikaitkan dengan penjualan dan pembelian lot tanah berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan berkenaan.

“Kami sudah tahan lima lelaki tempatan dan merampas 22 set dokumen dipercayai digunakan dalam urusan penjualan dan pertukaran hak milik tanah.

“Semua individu ditahan reman satu hingga empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 KK,” katanya.

Beliau enggan mengulas lanjut berkaitan pembabitan pegawai pejabat tanah dalam kes itu, namun menegaskan siasatan lanjut dan terperinci dilakukan pihaknya dari semua aspek.

Katanya, perkembangan lanjut berhubung kes itu akan dimaklumkan selepas siasatan selesai.

Sumber: Artikel asal dari Harian Metro

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *