Home / Berita Terkini / Cara utk Semak & Kaedah Bayaran BKC Fasa 1 Bermula hari ini

Cara utk Semak & Kaedah Bayaran BKC Fasa 1 Bermula hari ini

Umum sedia maklum, orang ramai bakal menerima bayaran Bantuan Khas C0VID – 19 (BKC) yang akan dikreditkan secara berperingkat bermula hari ini.

Justeru, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengeluarkan sebuah notis rasmi berhubung status bayaran BKC (Bantuan Khas C0VID-19).

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh menerima bayaran tunai BKC di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 6 September 2021 dan ia dilakukan secara berperingkat.

Cara Semakan Kelayakan / Status Pembayaran BKC

Untuk makluman, penerima yang layak menerima BKC adalah individu / keluarga berdasarkan data Permoh0nan Lulus BPR 2021 dan Data Percukaian (M40).

Pembayaran BKC akan dibuat berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.

Penerima boleh membuat semakan status kelayakan melalui cara berikut:

i) Layari laman sesawang https://bkc.hasil.gov.my (Portal rasmi BKC hanya boleh dicapai mulai 6 September 2021)

ii) Hubungi Lembaga Hasil Dalam negeri Malaysia (LHDNM) Hotline BKC melalui talian 1800-88-27-47

Bagi bayaran BKC secara tunai, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *