Home / Berita Terkini / Lelaki ‘Kantoi’ (kontraktor Petronas) Reka Cerita 14 Ahli Keluarga Maut Disebabkan COVID-19 | Ditahan Pihak Berkuasa

Lelaki ‘Kantoi’ (kontraktor Petronas) Reka Cerita 14 Ahli Keluarga Maut Disebabkan COVID-19 | Ditahan Pihak Berkuasa

Kisah seorang lelaki yang didakwa menerima nasib yang malang apabila 14 ahli keluarganya maut disebabkan wabak COVID-19 sebenarnya adalah palsu dan rekaan semata-mata. Perkara ini telah disahkan oleh Petronas, tempat lelaki itu bekerja dalam satu kenyataan yang dibuat semalam.

Menurut kenyataan tersebut, pihak Petronas turut mengesah.kan bahawa lelaki itu telah dita.han oleh pihak berkuasa kerana didakwa membuat dakwaan palsu. Selain itu, pihak sya.rikat juga dengan keras mem.beritahu bahawa me.reka tidak boleh menerima salah laku daripada mana2 pekerja mereka.

“Kami ingin me.ngesahkan bahawa seo.rang pekerja kontraktor di Kompleks Bersepadu Pengerang telah dita.han oleh pihak ber.kuasa kerana didakwa mem.buat dakwaan palsu kema.tian ahli keluarga disebabkan Covid-19, yang mana dia juga didakwa te.lah menerima sumbangan. Kami akan memberi kerjasa.ma sepenuhnya kepada pihak ber.kuasa dalam siasatan mereka.

“Kami ingin menekankan bahawa kami tidak menerima salah laku ter.sebut oleh mana2 pekerja dan kontraktor kami, yang semuanya terikat dengan tatacara dan etika perniagaan yang ketat (CoBE) semasa me.lakukan perkhidmatan untuk PETRONAS dan Kumpulan Syarikatnya,” katanya dalam kenyataan media yang dimuat naik di laman web rasmi Petronas

Terdahulu, tular kisah kononnya seo.rang lelaki yang bertugas di Petronas Pangerang telah kehilangan seramai 14 ahli keluarga termasuk isteri dan anak disebabkan wabak COVID-19. Dakwaan itu mula menular di aplikasi Whatsapp dan Facebook yang turut diselitkam nama-nama mangsa iaitu ahli keluarga lelaki berkenaan yang kononnya korban COVID-19.

Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai penyelia di Petronas Pangerang dikatakan ke.hilangan isteri dan tiga anaknya meninggal dunia pada bulan Jun dan Julai akibat COVID-19 manakala pada 2 September lalu, lima anaknya bersama ibu, kakak, ipar dan dua anak saudara kononnya terkorban.

Dakwaan itu turut disusuli dengan permintaan bagi me.nyalurkan bantuan ikhlas kepada lelaki tersebut bagi meringankan bebannya. Difahamkan bahawa ramai pengguna media sosial yang sudah mula menyalurkan bantuan disebabkan tersentuh dengan nasib malang yang kononnya menimpa beliau.

Difahamkan, lelaki terbabit yang men.jaja kisah kematian ahli keluarganya turut hadir ke majlis tahlil yang dibuat secara maya. Dia dikatakan sempat memberi ucapan pada sesi tersebut kepada ratusan in.dividu yang prihatin kepada ‘nasib malang’ yang menimpanya.

Artikel asal dari The Vocket dan media sosial.

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *