Home / Berita Terkini / Dua rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo | Kerajaan Malaysia digesan mainkan peranan

Dua rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo | Kerajaan Malaysia digesan mainkan peranan

Government of  Malaysia digesa memainkan peranan untuk turut dilibatkan dalam perbicaraan dua warga Malaysia – Nazir Lep dan Mohamed Farik Amin – setelah 18 tahun ditahan atas dakwaan terlibat dengan aktiviti keganasan.

Menurut profesor pengajian keselamatan di Naif Arab University for Security Sciences (NAUSS) di Riyadh, Mohd Mizan Aslam, perbicaraan ini merupakan peluang Malaysia untuk membersihkan nama daripada senarai negara-negara yang dikatakan menjadi hab keganasan di rantau Asia Tenggara.

Meskipun terpalit tuduhan terlibat dengan aktiviti keganasan, katanya, kedua-dua warga Malaysia itu masih berhak untuk mendapat perbicaraan yang adil, lebih-lebih lagi setelah terdapat laporan yang menyatakan wujud unsur berat sebelah dalam perjalanan perbicaraan berkenaan.

“Walaupun mereka ditahan oleh AS dan dibicarakan di Cuba, akan tetapi kedua-duanya adalah merupakan rakyat Malaysia.

“Perbicaraan ini adalah peluang untuk Malaysia bersihkan nama atas tuduhan pelbagai pihak bahawa Malaysia adalah hub pengganas Asia Tenggara,” katanya kepada Malaysiakini.

Kata Mohd Mizan, terdapat beberapa isu yang menunjukkan isyarat wujudnya kelemahan dalam proses perbicaraan yang mungkin menafikan hak Nazir dan Farik mendapatkan perbicaraan adil.

Antaranya, ramai saksi utama sudah meninggal dunia, sama ada kerana penyakit tua atau pun dibunuh oleh pihak berkuasa Indonesia dan Filipina – yang dikhuatiri menjejaskan perbicaraan.

Ada unsur berat sebelah

Seterusnya, terdapat juga laporan tentang sikap berat sebelah penterjemah yang dilantik tentera AS selain kualiti penterjemahan yang teruk sehingga dikhuatiri tertuduh tidak mendapat terjemahan tepat berhubung perjalanan perbicaraan.

“Jadi, dipercayai ada unsur-unsur yang tidak harmoni di situ, yang boleh menganiayai kedua-dua tertuduh,” katanya.

Nazir dan Farik dibicarakan pada Isnin (30 Ogos) bersama warga Indonesia Encep Nurjaman, atau dikenali sebagai Hambali, kerana dikaitkan dengan pengeboman Bali 2002, pengeboman JW Marriott di Jakarta pada 2003, serta plot-plot lain di rantau Asia Tenggara.

Mereka yang merupakan ahli kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) ditahan pada 2003 di Thailand, dihantar ke rangkaian penjara Agensi Perisikan Pusat (CIA), sebelum dipindahkan ke Guantanamo pada 2006.

Bagaimanapun, media antarabangsa melaporkan pasukan pembelaan membangkitkan beberapa isu dalam proses perbicaraan, antaranya mempersoalkan kualiti dan keneutralan penterjemah yang disediakan pihak tentera AS.

Pasukan pembelaan mengadu bahawa kemahiran bahasa seorang penterjemah warga Malaysia sangat teruk sehingga sekurang-kuranya seorang defendan tidak faham apa yang dibicarakan di mahkamah; seorang lagi penterjemah berbangsa Melayu pula didakwa bekerja untuk pendakwaaan; manakala seorang penterjemah warga Indonesia pula didengar merendah-rendahkan tertuduh sebagai “pengganas yang elok dibunuh”.

“Sejujurnya selepas dua hari hadap-tuduh (arraingment), saya tak nampak bukti bahawa dia akan mendapat perbicaraan yang adil,” Christine Funk, peguam bela untuk Farik dilaporkan berkata, seperti dipetik Washington Post.

“Kita harus adakan satu lagi (hadap-tuduh) yang baru, kerana kita perlu melakukannya (tetapi) yang kali ini tidak dilakukan dengan betul,” Brian Bouffard, peguam bela Nazir dilaporkan mengulas.

Oleh hal yang demikian, menurut Mohd Mizan, Malaysia perlu dilibatkan dalam perbicaraan berkenaan dan memastikannya berlaku dengan adil kerana penglibatan Malaysia dalam rangkaian keganasan yang berlaku belasan tahun dahulu dapat diikuti dan dinilai menerusi perbicaraan itu.

Dengan itu, katanya, Malaysia berpeluang untuk membersihkan nama dan mengeluarkan negara ini daripada julukan sebagai salah satu “hab pengganas” di Asia Tenggara.

“JI itu memang sekutu dengan Al-Qaeda, diasaskan di Malaysia. Nama-nama besar seperti Abu Bakar Basyir dan Abdullah Sungkar (pengasas JI) itu memang pernah duduk di Malaysia dan mereka aktif, termasuk Hambali.

“Selain itu, kebanyakan rancangan rangkaian keganasan di Asia Tenggara, termasuklah (rancangan untuk serangan) 11 September itu juga dilakukan di Malaysia – dipercayai di sebuah pangsapuri di Ampang,” katanya.

Malaysia juga katanya memang pernah menjadi pangkalan buat beberapa kumpulan mujahidin yang menyertai perang di Afghanistan.

Selain itu, beberapa tokoh besar aktiviti keganasan di rantau ini juga merupakan warga Malaysia, seperti Dr Azahari Husin, Noordin Mohammad Top dan Zulkifli Abdhir – yang pernah menjadi individu paling dikehendaki FBI dengan tawaran ganjaran AS$5 juta.

Atas faktor itu, katanya, AS dan dunia memandang Malaysia sebagai hab pengganas, sehinggakan sekitar 2000-an, sumbangan parti politik kepada NGO-NGO Islam serta sumbangan wang zakat juga turut dikategorikan sebagai pemberian untuk aktiviti keganasan oleh mereka.

“Kekeliruan sangat besar pada masa itu, sehingga kita termasuk dalam senarai hab pengganas. Apabila berlaku perbicaraan macam ini, inilah peluang untuk kita dapat lihat, sejauh mana peranan Malaysia itu, dan setiap perancangan itu siapa sebenarnya di belakangnya.

“Kalau kita lihat, KSM (Khalid Sheikh Mohammed, wakil Al-Qaeda warga Pakistan yang menyalurkan dana di Asia Tenggara) bukanlah warga Malaysia, tetapi dia membawa duit. Hambali (dalang yang dikatakan mempunyai akses langsung dengan Al-Qaeda dan Osama Laden) juga bukan warga Malaysia, walaupun dia penduduk tetap di sini.

“Jadi itu menunjukkan bahawa banyak jugalah perkara yang boleh kita potong daripada senarai tersebut, menyebabkan kita (dapat) dikeluarkan daripada senarai itu.

“Tetapi ia memerlukan perbicaraan yang adil untuk menjelaskan,” katanya.

Selain itu, ini juga peluang untuk Nazir dan Farik mendapat pengakhiran terhadap pertuduhan yang mereka hadapi, setelah sekian lama ditahan tanpa perbicaraan.

Semalam, Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata kerajaan sentiasa memantau dan meneliti perkembangan perbicaraan Nazir dan Farik di Mahkamah Pangkalan Tentera Laut AS di Teluk Guantanamo itu.

Artikel asal dari MalaysiaKini.

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *