Home / Info Dunia Islam / Daripada Seorang Penganut Hindu Berhijrah Menjadi Seorang Muslim Hingga Menjadi Seorang Pengajar Di Masjid Nabawi,Inilah Kisah Penghijrahan Allahyarham Syaikh Al-Azami Sehingga Beliau Menghembuskan Nafas Terakhir.Al-Fatihah.

Daripada Seorang Penganut Hindu Berhijrah Menjadi Seorang Muslim Hingga Menjadi Seorang Pengajar Di Masjid Nabawi,Inilah Kisah Penghijrahan Allahyarham Syaikh Al-Azami Sehingga Beliau Menghembuskan Nafas Terakhir.Al-Fatihah.

ZIA ur-Rahman Al-Azami dilahirkan dalam keluarga bukan Islam pada tahun 1943. Dia dilahirkan di sebuah kampung yang terletak di Distrik Azamgarh, UP, India.

Dia sebelumnya seorang Brahmin Hindu Bilarya Ganj dan secara rasmi memeluk Islam pada usia 16 tahun setelah membaca terjemahan Al-Madudi Al-Quran dan kesusasteraan Islam.

Memetik dari halaman The Islamic Information, Al-Azami dicatat telah menulis sebuah buku yang disebut Al-Quran Ensiklopedia yang menjelaskan kata-kata dalam Al-Quran mengikut urutan abjad. Buku-bukunya telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa.

Selepas itu, dia meneruskan perjalanannya ke India Selatan untuk belajar di sejumlah seminar Islam di India. Kemudian, dia pergi ke Madinah Al-Munawwarah untuk belajar di Universiti Madinah. Dia kemudian memperoleh PhD dari Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir.

Setelah bersara dari jawatannya sebagai Dekan Fakulti Hadis di Universiti Islam Madinah, dia dilantik sebagai pensyarah di Masjid Nabawi berdasarkan Surat Keputusan Ketua Hal Ehwal Masjid Nabawi pada tahun 2013.

Dia yang kemudian secara resmi memegang gelaran Syeikh diketahui telah menulis sejumlah buku yang membincangkan tentang Islam. Setiap tulisannya telah diedarkan secara meluas dalam bentuk terjemahan ke banyak bahasa.

Karya luar biasa beliau adalah Al-Jami ‘al-Kamil fi al-Hadith al-Sahih al-Shamil yang merupakan penyusunan pelbagai hadis sahih. Karangan ini masih merupakan salah satu buku hadis yang terkenal.

Shaykh Zia ur-Rahman Al-Azami biasa mengumpulkan hadis sahih dalam pelbagai buku Islam. Dia dapat mengumpulkan 16,000 hadis. Penyusunan ini berdasarkan lebih daripada 20 jilid.

Bukan hanya itu, dia juga telah diberikan kewarganegaraan kehormatan di Arab Saudi, yang merupakan penghormatan yang jarang diberikan, atas usaha dan sumbangannya kepada Islam.

Syekh Al-Azami meninggal pada 30 Julai 2020 tepat pada hari Arafah. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Al-Baqi berhampiran kubur para sahabat dan keluarga Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi sallam

wassalam

Sumber: muslimokezone via Kongsisibomonicko

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

inilah-laut-m4ti-bukti-b4la-yang-diturunkan-allah-swt-terhadap-kaum-nabi-luth-as-akibat-mel4wan-perintah-nya-allahu-akbar.

Inilah Laut Mati Bukti Bala Yang Diturunkan Allah SWT Terhadap Kaum Nabi Luth A.S Akibat Mel4wan Perintah-Nya ..Allahu Akbar..

Allahu Akbar.. Inilah Laut M4ti Bukti B4la Yang Diturunkan Allah SWT Terhadap Kaum Nabi Luth …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *