Home / National / [Video] Detik Mencemaskan Rakaman Myvi Dihanyutkan Arus Banjir

[Video] Detik Mencemaskan Rakaman Myvi Dihanyutkan Arus Banjir

Tular satu rakaman video memaparkan satu keadaan situasi cemas sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih yang dihanyutkan air banjir dalam satu kejadian yang berlaku petang smalm.

Menurut perkongsian video di Bernama TV, kejadian tersebut didakwa berlaku berikutan fenomena banjir kilat yang melanda sebuah kampung di Jalan Kionsom, Inanam di Kota Kinabalu.

Sebuah kereta Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras di Jalan Kionsom Lama, Inanam di sini lewat petang semalam ditemukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah bersama orang awam pada 7.20 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan kereta berkenaan ditemukan kira-kira 200 meter dari lokasi ia dilapor hanyut dan pada masa ini pasukan selam jabatan itu sedang menjalankan operasi pemulihan kenderaan terbabit.

Menurut kenyataan itu pasukan bomba masih dalam usaha mencari dua lelaki mangsa kejadian iaitu pemandu kereta bernama Simon Sanga Tupe, berusia 68 tahun dan seorang penumpang dikenali sebagai Juning, 30.

“Anggota pasukan selam ada menemukan petanda mangsa berada di dalam kereta itu, bagaimanapun operasi masih dijalankan ketika ini dan pasukan sedang mendapatkan pengesahan,” menurut kenyataan itu.

Sumber Siakap Keli, bernama dan media sosial

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

[Video] ‘Hero yang tidak didendang’ cuci longkang tersumbat tengah lebuh raya

PETALING JAYA – Sanggup mengotorkan badan dan merisikokan diri demi orang lain. Itu pengorbanan dua …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *