Home / Berita Terkini / Tarikh Buka Sekolah Terkini Kekal Pada 3 Oktober 2021 -Menteri Pendidikan

Tarikh Buka Sekolah Terkini Kekal Pada 3 Oktober 2021 -Menteri Pendidikan

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini.

Bagaimanapun, jelas beliau, sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut Radzi, dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka terlalu lambat adalah tidak tepat.

Sebaliknya, tegas beliau, keputusan membuka sesi sekolah bermula 3 Oktober dibuat berdasarkan penelitian lanjut yang dibuat selain mengambil kira pertimbangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Radzi berkata, beberapa prosedur operasi standard (SOP) berkaitan sesi persekolahan juga akan diperketatkan.

Dalam masa sama, Radzi memaklumkan, beliau akan mengumumkan Pelan Komprehensif Pembukaan Semula Sekolah dalam masa terdekat.

“Saya ingin jelaskan bahawa bukan soal lambat (buka sekolah)… kita perlu penelitian, perlu ambil kira keadaan semasa. (Ini) berbeza apabila kita buka pada 24 Jun lalu, pada waktu itu kes tidak banyak, tapi vaksin tak ada, masyarakat kita tidak divaksinkan.

Sumber Sinar harian, awani dan media sosial

Media Viral malaysia  tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *