Home / Berita Terkini / Ramai bantah syarat baru MRSM hanya terima pelajar sekolah kebangsaan

Ramai bantah syarat baru MRSM hanya terima pelajar sekolah kebangsaan

Beberapa pemimpin pembangkang menyuarakan bantahan terhadap syarat baru kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang hanya menerima pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Kebangsaan (SK).

Laman rasmi MRSM bagi kemasukan 2022 antaranya menyatakan kemasukan bagi tingkatan satu dan empat hanya dihadkan kepada permohonan calon dari sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan.

Ini bermakna ia tidak menerima pelajar dari Sekolah Rendah/Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Agama Kebangsaan.

Sebelum ini, syarat kemasukan MRSM hanya memerlukan pemohon sebagai warganegara Malaysia. Ia juga terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Dalam satu kenyataan bersama, Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dan Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa menggesa supaya kerajaan mempertimbang semula dasar tersebut memandangkan kuota 10 peratus untuk golongan bukan bumiputera telah diwujudkan sejak 2002.

“Selain itu, adalah penting untuk masyarakat sedar bahawa walaupun kuota MRSM sebanyak 10 peratus diberikan kepada golongan bukan bumiputera, sebelum 2018 didapati bahawa hanya 1-2 peratus pelajar bukan Bumiputera yang mengisi kuota 10 peratus yang diperuntukkan.

“Oleh itu, kenapa harus golongan ini dihalang daripada menerima pendidikan di MRSM?” soal mereka.

Menurut mereka, ungkapan “Keluarga Malaysia” yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hanya akan dilihat sebagai retorik dan sia-sia sekiranya dasar baru ini diteruskan.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Wanita PKR Sivamalar Genapathy turut menyeru supaya Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid dan pengurusan tertinggi Majlis Amanah Rakyat (Mara) membatalkan syarat baru kemasukan tersebut.

“Saya menyeru Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan pengurusan tertinggi Mara agar menarik balik syarat kemasukan terbaru dan membuka ruang yang inklusif supaya pelajar pelbagai aliran seperti SJKC, SJKT, SABK dan SRAI (sekolah rendah agama integrasi) mendapat akses kemasukan ke MRSM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sekiranya dasar itu dibuat bagi menggalakkan lebih ramai pelajar bukan Bumiputera untuk bersekolah di sekolah kebangsaan, tindakan ini tentu sekali terburu-buru dan separuh masak.

“Ini kerana mekanisme awal seperti meningkatkan mutu sekolah kebangsaan dari segi fasiliti, integrasi kaum, silibus mata pelajaran, pengajaran, pembelajaran, pengajaran bahasa ibunda, tidak sepenuhnya diimplementasikan.

“Elemen ini jika dilaksanakan dengan baik sudah tentu menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan nombor satu ibu bapa tanpa mengira kaum dan latar sosioekonomi,” katanya.

 

 “Ia sama sekali bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang meraikan Malaysia yang berbagai kaum. Menafikan hak mereka untuk memasuki MRSM adalah diskriminasi terang terangan yang dilakukan oleh kerajaan.

“MRSM sudah pun mempunyai mekanisme saringan yang tersendiri iaitu Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM), oleh itu kriteria terbaru yang diperkenalkan bukanlah sesuatu yang rasional kerana hanya pelajar yang berjaya dalam saringan akan dapat masuk ke MRSM berdasarkan merit telah pun diguna pakai,” katanya.

Sumber dan Artikel asal: malaysiakini dan media sosial

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *