Home / Berita Terkini / Pejabat Mufti Tegur Warganet Isu Kecam Atlet Paralimpik (OKU) Ukraine

Pejabat Mufti Tegur Warganet Isu Kecam Atlet Paralimpik (OKU) Ukraine

Semenjak bbrp hari lalu, nama atlet lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menjadi trending di media2 sosial.

Semua itu gara2 penyertaan atlet paralimpik negara itu dibatal.kan selepas kem Ukraine ter.masuk dua lagi negara lain melakukan protes terhadap Ziyad yang lambat me.masuki bilik persediaan atlet se.belum turun ke pa.dang.

Jika aduan itu ti.dak dibuat, Muhammad Ziyad berjaya mencetak ke.gemilangan dan mem.bawa pulang pingat emas, selain me.mecah rekod dunia. Namun, itu tidak ter.jadi kerana aduan yang dibuat.

Tidak puas hati den.gan isu tersebut, apa lagi ‘ASKAR Bawang Malaysia’ naik berang dengan tin.dakan yang dilakukan oleh kem Ukraine sehingga mereka bertindak secara tidak profesional.

Bukan nak cakap apa, mereka telah meluahkan kata-kata kesat dan tidak beradab kepada atlet negara itu yang juga kategori orang kurang upaya (OKU) dalam kategori F20 iaitu yang mengalami masalah pembelajaran.

Rentetan daripada kejadian tersebut, pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP) telah tampil memberi teguran tegas.

Menerusi satu ciapan di Twitter, mereka antara lain berkata: “Islam merupakan agama yang mengajar penganutnya agar menjaga akhlak dan tingkah laku yang baik. Tidak sepatutnya bagi seorang Muslim itu berkelakuan kurang sopan apatah lagi menyakiti OKU.”

Ujar Pejabat Mufti WP lagi, sekalipun kita kecewa dan marah, tidak sepatutnya kita menghamburkan kata-kata kesat.

“Ingat, setiap perbuatan dan tulisan kita akan dihitung oleh ALLAH SWT.

“Nasihat kami kepada orang-orang yang menyakiti OKU, jagalah akhlak dan tingkah laku kita semua daripada perkara keji.

“Ingatlah sesungguhnya Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk memperbaiki akhlak dan budi pekerti, seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang berbunyi: ‘Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik’,” kata pejabat berkenaan.

Justeru, kepada anda di luar sana yang menyimpan perasaan geram terhadap apa yang berlaku ke atas Muhammad Ziyad, lupakanlah.

Ketahuilah setiap perkara yang berlaku pasti ada rahmat di sebaliknya.

Jadilah contoh teladan yang baik buat keluarga, masyarakat dan negara secara keseluruhannya.

Sumber dan Artikel asal: sinarharian, murai, pejabat mufiti KL dan media sosial

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *