Sejarah tercipta lagi di bumi Tokyo apabila pemain badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou menjelmakan pingat emas dengan menumbangkan pemain ranking No.1 dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi di Gimnasium Nasional Yoyogi sebentar tadi.
Lebih membanggakan, Liek Hou yang membuat penampilan pertama pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 berjaya mengatasi jaguh Indonesia itu dengan kemenangan straight-set 21-17, 21-15 dalam aksi final badminton lelaki kategori SU5.
Liek Hou yang merupakan juara dunia enam kali dilihat mengekalkan momentum terbaik meskipun Anrimusthi cuba mengheret perlawanan tersebut ke rubber set, bagaimanapun hasrat lawan itu tidak kesampaian.
Kemenangan tersebut merupakan emas kedua buat kontinjen Malaysia apabila atlet angkat berat negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas sulung selepas menang sukan powerlifting dalam kelas 72 kilogram (kg).
Tahniah CHEAH LIEK HOU !!!
Sumber The Kosmo dan media sosial
media Viral malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share