Home / Info Viral / [Video] Wanita bersalin sendiri di Hospital Sultan Ismail (HSI) | Jabatan Kesihatan Johor sahkan benar

[Video] Wanita bersalin sendiri di Hospital Sultan Ismail (HSI) | Jabatan Kesihatan Johor sahkan benar

JB: Sebelum ini Jabatan Kes.ihatan Negeri Johor (JKNJ) beritahu akan menjalankan s.iasatan terperinci keja.dian seorang ibu yang bersalin sendirian di Dewan Bersalin H.ospital Sultan Ismail (HSI) di sini, bulan lalu.

Pengarah Jabatan Kes.ihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu berkata, secara keseluruhannya aduan itu adalah berasas dan JKNJ akan mengambil t.indakan penambahbaikan yang diperlukan.

Jabatan Kes.ihatan Negeri Johor (JKNJ) hari ini mengesahkan d.akwaan seorang wanita yang melahirkan anak secara bersendirian di H.ospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada 31 Julai lalu.

Pengarah JKNJ Datuk Dr Aman Rabu dalam kenyataan hari ini berkata, secara keseluruhannya, aduan wanita berusia 36 tahun yang juga pes.akit positif C0vid 19 itu adalah berasas.

“Dia perlu ditempatkan di ruang isolasi yang tertutup (kerana positif C0vid). Proses bersalin berlaku di luar jangkaan…ia berlaku lebih awal daripada tempoh jangkaan bersalin enam jam. Pes.akit telah bersalin secara bersendirian dan bayi didapati berada di atas katil pes.akit.

Dr Aman menjelaskan wanita yang mengandung anak keempat dengan usia kandungan 39 minggu itu, hadir ke bilik saringan HSI pada 5.33 pagi, 23 Julai kerana sudah mempunyai tanda-tanda awal hendak bersalin serta mengesahkan dia kontak rapat suaminya yang telah disahkan positif C0vid 19.

Selepas diperiksa, wanita itu didapati berada di peringkat awal kelahiran dengan bukaan pangkal rahim tiga sentimeter dan kemudian dimasukkan ke bilik isolasi pada 10.18 pagi sementara menunggu keputusan Ujian T.indak Balas Ber.antai P.olimerase (RT-PCR).

Dr Aman berkata, wanita berkenaan kemudiannya diletakkan di dalam bilik nombor dua dewan bersalin dengan pintu sentiasa bertutup kerana dia positif C0vid 19.

Pegawai perubatan dan jururawat telah memeriksa pes.akit pada 4.26 petang dan mendapati hasil keputusan PCR wanita itu positif dan perlu melahirkan secara pembedahan dengan bukaan pada ketika itu empat sentimeter serta mengalami k.ontraksi tidak teratur dan pes.akit dipersiapkan untuk pemb.edahan.

Baru-baru ini, tular menerusi Facebook hantaran wanita berkenaan yang mend.akwa terpaksa melahirkan anak sendirian di dalam bilik bersalin meskipun cuba memanggil petugas kes.ihatan berulang kali.

Sementara itu, Dr Aman berkata d.akwaan pes.akit yang mengatakan mendengar bunyi ketawa pula berkemungkinan datang daripada bunyi bising di bilik bersalin berhampiran, yang ketika itu sedang melakukan p.rosedur kelahiran bayi secara vakum.

“Bagaimanapun, JKNJ akan menjalankan siasatan lebih terperinci mengenai keja.dian ini dan mengambil t.indakan penambahbaikan yang diperlukan,” katanya.

Sumber: HMetro, word,baby dan media sosial

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *