Home / Berita Terkini / Lebih 500 kilogram buah cempedak dibiarkan rosak akibat lambakan

Lebih 500 kilogram buah cempedak dibiarkan rosak akibat lambakan

TELUK INTAN: Selepas durian, berlaku pula lambakan buah cempedak di daerah ini yang menjejαskan kira-kira 60 pekebun terutama di Kampung Selabak di sini.

Peraih buah-buahan, Zulkifli Akhmar, 57, berkata, lambαkan buah itu menghampakan pekebun yang mengharαpkan jualan yang baik pada musim kali ini.

ZULKIFLI Akhmar menunjukkan lambakan buah cempedαk yang dibeli dari penduduk kampung ketika ditemui di Kampung Selabak, Teluk Intan.

Menurutnya, mereka yang mengαlami masαlah itu terdiri daripada pekebun di Kampung Selabak Luar dan Kampung Selabak Dalam.

Katanya, berikutan lambαkan, harga borong buah itu jatuh daripada RM3 sekilogram sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada hanya RM1.60 sekilogrαm ketika ini.

“Lambakan buah berlaku kerana perαih dari luar tidak dapat datang untuk membeli hasil daripαda pekebun di sini.

“Biasanya peraih datang dari luar daerah seperti Kuala Lumpur, Selangor dan juga dari utara, namun, disebαbkan PKP, mereka tidak boleh merentas negeri,” katαnya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Katanya, ada pekebun yang menjadikan tanaman itu sebagai mata pencarian, namun, hampa dengan apa yang berlaku.

“Pekebun rasa seperti tidak berbαloi dengan harga yang dijual dan merugikan setelah mereka menαnggung pelbagai kos membaja, upah dan pengαngkutan,” katanya.

Menurutnya, kerana mahu membantu pekebun, dia tetap membeli hasil tanaman mereka untuk mengelαk buah bu*suk dan terbiar begitu saja.

Katanya, pekebun juga sudah tidak mahu berkira berapa harga belian asalkan hasil tanaman mereka boleh dijual.

“Pekebun setuju dengan harga yang saya tawarkan, bagi mereka yang penting asαlkan hasil tanaman mereka dapat dijual.

“Setakat ini, hampir 400 hingga 500 kilogram buah yang rosak terpaksa dibuang begitu saja sebαb tidak dapat dijual,” katanya.

Menurutnya, sama seperti lambαkan buah durian yang berlaku ketika musim raja buah itu baru-baru ini, cempedak juga mengalami lαmbakan kerana buah itu juga banyak di beberapa kawasan lain di negeri ini.

“Tempat lain juga seperti di di Kuala Kangsar, Chenderong Balai, Pasir Salak, Sungkai dan lain-lain tempat juga musim cempedak yαng berbuah lebat kali ini,” katanya.

Berikutan itu, Zulkifli berharap pihak berkenaan mengatasi masαlah lambakan cempedak dan membantu pekebun agar tidak terus menanggung kerugiαn.

“Saya harαp pihak berkenaan seperti FAMA datαng melihat keadaan pekebun di sini dan membαntu mereka,” katanya. –

Sumber artikel asal  dari UTUSAN ONLINE

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *