Home / Info Dunia Islam / [Video] Ketua ajaran PMYT ancam ‘ragut nyawa’ | Dr Zamihan

[Video] Ketua ajaran PMYT ancam ‘ragut nyawa’ | Dr Zamihan

Membuat ancaman untuk ‘meragut nyawa’ sesiapa yang menghalang ajaran terbabit.

Itu ringkasan yang boleh dibuat berdasarkan beberapa analisa video milik ketua ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang memakai gelaran Sittah Annur yang dimuat naik di media sosial.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Dr Zamihan Mat Zin berkata, ajaran ini sudah mempunyai elemen ektremis yang sangat jelas dan ia suatu ancaman serius.

“Apa yang lebih bahaya adalah ketua ajaran ini menjelaskan bahawa mana-mana orang awam yang cuba mengganggu atau menghalang gerakan ajaran ini, maka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan meragut nyawa orang awam berkenaan.

“Ini jelas ucapan bersifat ancaman dan ajaran ini jelas memberi kesan kepada ketenteraman awam terutamanya mewujudkan suasana tidak selamat kepada semua orang berhubung dakwaan mimpi serta ramalan wanita ini,” katanya.

Terdahulu, Zamihan membuat laporan polis berhubung ajaran PMYT di Balai Polis Bandar Baru Bangi dan mengharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan seberapa segera yang mungkin.

Akhbar ini menerusi pendedahan eksklusifnya mendedahkan ketua ajaran PMYT, membuat ramalan akan berlaku Perang Dunia Ketiga yang akan tercetus di Sabah.

Difahamkan, pengikut ajaran itu dianggarkan kira-kira 3,000 dan mereka sudah membuat persiapan termasuk lakaran pelan untuk penempatan sementara mengikut ramalan ketua ajaran terbabit.

Zamihan yang juga Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, pihak berkuasa agama dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu cepat untuk mengambil tindakan kerana sudah wujud elemen ekstremis dalam ajaran ini.

“Mereka dakwa ada kubu atau ‘bunker’ untuk penempatan sementara, ada senjata asas yang sudah diperoleh, maka pihak berkuasa perlu memainkan peranan dalam membanteras isu ini.

“Ajaran ini sudah jelas menyeleweng dengan mengatakan pelbagai perkara yang pelik-pelik, ajaran ini juga mempunyai elemen (ancaman) keselamatan.

“Kita tidak mahu kelak bila sudah ada ancaman atau tindakan bersifat fizikal daripada ajaran ini baru kita mahu untuk bertindak, kita harus membanteras daripada awal lagi,” katanya.

Untuk rekod, sehingga kini usaha wartawan Skuad Khas Harian Metro mendapatkan reaksi daripada Sittah Annur gagal.

SUMBER: harian metro dan media sosial

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan sebarang jawapan berkenaan MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim Komuniti | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

inilah-laut-m4ti-bukti-b4la-yang-diturunkan-allah-swt-terhadap-kaum-nabi-luth-as-akibat-mel4wan-perintah-nya-allahu-akbar.

Inilah Laut Mati Bukti Bala Yang Diturunkan Allah SWT Terhadap Kaum Nabi Luth A.S Akibat Mel4wan Perintah-Nya ..Allahu Akbar..

Allahu Akbar.. Inilah Laut M4ti Bukti B4la Yang Diturunkan Allah SWT Terhadap Kaum Nabi Luth …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *