NAMA penyanyi Tegar Septian kembali menjadi bualan netizen selepas dia memuat naik foto menyanyi dan bermain alat muzik di jalanan.
Selepas bergelar bapa, Tegar terus berusaha meraih pendapatan bagi menyara keluarganya.
Kini Tegar memberitahu dia kembali melakukan pekerjaan lama iaitu menyanyi dan menghiburkan masyarakat di jalanan.
Menerusi foto yang dikongsi di Instagram, Tegar dilihat menyanyi dan bermain gitar di persimpangan lampu isyarat.
Tidak berseorangan, penyanyi lagu Aku Yang Dulu Bukan Sekarang ini turut ditemani seorang lelaki bermain alat muzik dipercayai temannya.
“Tak apa yang penting halal,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian Tegar itu menjadi perbualan h4ngat netizen di laman sosial.
Rata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan mengagumi semangat Tegar yang tidak m4lu menyanyi di jalanan meskipun kini sudah bergelar penyanyi terkenal.
SUMBER: Mstar media sosial
Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dapatkan sebarang jawapan berkenaan MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim Komuniti | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share