Home / Info Dunia Islam / Saya Boleh Beli Ribuan HP Baru, Kereta,Pesawat, Jet Dan Berlian- Tapi Apa Gunanya Untuk Saya Di Dunia Ini”-Sadio Mane

Saya Boleh Beli Ribuan HP Baru, Kereta,Pesawat, Jet Dan Berlian- Tapi Apa Gunanya Untuk Saya Di Dunia Ini”-Sadio Mane

SADIO Mane salah seorang penjaring gol paling prolifik dalam dunia bola sepak dan menjadi nadi utama Liverpool muncul antara kelab terkuat Eropah. Prestasi mengagumkan bersama Reds dan negaranya Senegal membolehkan dia dipilih Pemain Terbaik Afrika 2019 mengatasi rakan sepasukan, Mohamed Salah.

Bagaimanapun, di sebalik reputasi hebat, Mane tidak sombong dan tetap merendah diri sehingga menjadi sanjungan peminat seluruh dunia.

Berikut disenaraikan lima perwatakan Mane yang wajar menobatkan dia pemain bola sepak sepanjang zaman yang miliki budi pekerti paling mulia.

*Mencuci tandas masjid di Liverpool*

Pernah Sadio Mane dirakam mencuci tandas masjid di Liverpool. Tindakan pemain berusia 27 tahun itu dirakam warga tempatan selepas dia membantu Reds mengekalkan rekod 100% kemenangan menewaskan Leicester City pada 2018. Video itu kemudiannya menjadi tular sehingga mendapat pujian penyokong di atas sikap merendah diri bintang Liverpool itu.

*Membawa botol air untuk rakan sepasukan*

Dalam peristiwa lain, Sadio Mane dilihat tidak kekok membawa beberapa botol air minuman untuk pasukan kebangsaan Senegal selepas mereka menewaskan Congo 2-0. Walaupun dia pemain paling terkenal dalam kalangan rakan sepasukan, Mane tidak menghiraukan status itu dengan membantu pasukan negaranya seperti dirakam dalam kamera. Satu contoh betapa tidak sombongnya dan sangat merendah diri pemain terulung Senegal itu.

*Mendermakan 300 jersi Liverpool di Senegal*

Turut menarik perhatian apabila Sadio Mane mendermakan 300 jersi Liverpool kepada penduduk di perkampungan kecil, Bambali di Senegal. Dia berbuat demikian sebelum Reds tewas kepada Real Madrid 1-3 pada final Liga Juara-Juara 2018. Dipercayai Mane menghantar jersi itu kepada penduduk kampung terbabit sebagai penghargaan di atas sokongan penduduk tempatan terhadap kariernya.

*Komen mengenai tidak teruja dengan barang mewah*

Beberapa bulan lalu Mane mengeluarkan beberapa komen terkenal mengenai betapa dia tidak berminat membeli barangan mewah yang tidak membawa kebaikan kepada sesetengah penduduk dunia.

Dalam temuramahnya bersama wartawan dari Ghana seperti dilaporkan AS, Mane berkata dia gembira dengan tidak membeli barangan mewah.

“Mengapa saya perlu membeli 10 Ferrari, 20 jam berlian atau dua pesawat? Apa boleh dilakukan semua itu untuk saya dan dunia?” kata Mane. “Saya lapar dan saya perlu bekerja. Saya pernah mengalami saat sukar, bermain bola sepak berkaki ayam. Saya tidak berpelajaran dan banyak lagi kesusahan dialami tetapi hari ini saya tuai hasil daripada bola sepak. Saya dapat membantu orang ramai.”

Katanya lagi: “Saya bina sekolah, stadium, membelikan pakaian, kasut, makanan untuk mereka yang sangat miskin. Sebagai tambahan, saya mendermakan 70 euro (RM318) setiap bulan kepada keluarga miskin di Senegal. Saya tak perlu pamer kereta mewah, rumah besar, percutian malah kapal terbang. Saya lebih suka berkongsi dengan masyarakat apa yang saya dapat dalam kehidupan ini.”

*Mendermakan £200,000 membina sekolah, masjid dan hospital*

Akhir sekali, Mane turut tidak kedekut menyumbang £200,000 (RM1 juta) untuk pembinaan sekolah, masjid dan hospital di Senegal. Pemain berusia 27 tahun itu kerap pulang ke negaranya untuk memantau pembinaan bangunan terbabit sekali gus menjadi sanjungan seluruh rakyat Senegal dan dipandang tinggi penyokong tempatan dan seluruh dunia.

Sumber Harian Metro dan media sosial

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan sebarang jawapan berkenaan MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim Komuniti |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

inilah-laut-m4ti-bukti-b4la-yang-diturunkan-allah-swt-terhadap-kaum-nabi-luth-as-akibat-mel4wan-perintah-nya-allahu-akbar.

Inilah Laut Mati Bukti Bala Yang Diturunkan Allah SWT Terhadap Kaum Nabi Luth A.S Akibat Mel4wan Perintah-Nya ..Allahu Akbar..

Allahu Akbar.. Inilah Laut M4ti Bukti B4la Yang Diturunkan Allah SWT Terhadap Kaum Nabi Luth …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *