Seorang wanita warga emas ditemukan mati tertiarap di atas lantai dalam sebuah rumah di Flat Dahlia, Seremban 2 dekat sini, pada pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki memaklumkan mengenai bau busuk dari sebuah rumah di flat berkenaan pada jam 8.45 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi kami mendapati pintu rumah berkunci dan mendapatkan bantuan pihak bomba bagi membuka pintu rumah tersebut.
“Setelah pintu dibuka, mayat seorang wanita berumur 69 tahun tertiarap dalam bilik tidur. Hasil pemeriksaan pada badannya dan kawasan rumah mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematiannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Katanya, pasukan perubatan dari Hospital Tuanku Jaafar Seremban mengesahkan wanita itu meninggal dunia lebih dari lima hari.
“Usaha sedang dijalankan bagi mengesan warisnya kerana dia tinggal sendirian di rumah. Mayat dihantar ke Jabatan Forensik HTJ Seremban untuk bedah siasat dan kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Seremban 2, Mohd Asree Abd Hamid memaklumkan, seramai 11 anggota bomba ke lokasi selepas menerima maklumat daripada polis terdapat bau busuk dari dalam rumah itu.
“Pihak bomba membuka pintu rumah berkenaan dengan memotong mangga menggunakan bold cutter.
“Anggota kami yang lengkap dengan pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) mengangkat mangsa,” katanya.
Artikel asal astro awani dan media sosial.
Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dapatkan sebarang jawapan berkenaan MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim Komuniti | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share