Home / Berita Terkini / Bekas penyampai berita ‘otai’ RTM Kamaruddin Ahmad meninggal Dunia

Bekas penyampai berita ‘otai’ RTM Kamaruddin Ahmad meninggal Dunia

Bekas penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kamaruddin Ahmad meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Bukit Sentosa, Rawang Selangor, pagi tadi.

Anak Allahyarham Kamarul Zaidi Kamaruddin, 53, ketika dihubungi Bernama mengesahkan bapanya telah menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 7 pagi.

“Kebelakangan ini, Allahyarham tiada selera makan menyebabkan beratnya semakin menyusut.

“Arwah ada juga mengadu sakit pinggang dan sendi tapi saya tidak berkesempatan berjumpa arwah disebabkan pandemik ini,” katanya.

Kamaruddin, 78, dilaporkan menghidap pelbagai penyakit termasuk darah tinggi, diabetes dan sakit pada bahagian prostat.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, tengah hari tadi.

Terkenal pada era 1980-an semasa bertugas di RTM, Kamaruddin turut bergandingan dengan Allahyarham Wan Chik Daud sebagai penyampai berita di televisyen.

— BERNAMA dan Awani

Dapatkan sebarang jawapan berkenaan MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim Komuniti |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *