Umum telah mengetahui bahawa Malaysia merupakan salah satu negara yang paling kerap membantu negara Pal3stin.
Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat murah hati telah banyak membantu ramai rakyat Palestin yang terkesan akibat peperangan di tanah air sendiri.
Kerana hubungan kerjasama serta sebagai tanda terima kasih daripada rakyat Palestin, bumi Palestin pada hari merdeka negara kita telah dibanjiri dengan kibaran Jalur Gemilang yang menghiasi jalan-jalan di Palestin.
Difahamkan bahawa Jalur Gemilang juga dipasang sebagai tanda penghormatan sempena hari kemerdekaan Malaysia ke-64 yang disambut oleh seluruh rakyat Malaysia pada hari ini.
Dapat dilihat dalam video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama @numanmazlan bahawa terdapat pelbagai jenis saiz Jalur Gemilang yang megah berkibar dan menghiasi jalan-jalan di Palestin.
Bendera Malaysia berkibaran di Gaza sempena Hari Kemerdekaan.
Sumber: Aman Palestin Gaza pic.twitter.com/DnOC0KOrfW
— Nu'man نعمان 🇲🇾🇵🇸 (@numanmazlan) August 30, 2021
Video yang dikongsikannya itu telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 50 ribu kali.
Sumber Siakap Keli dan media sosial
Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dapatkan sebarang jawapan berkenaan MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim Komuniti | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share