Home / Berita Terkini / Kumpulan Peribadi Muk4Buku (fb) | Hantar k3tum guna syarikat kurier

Kumpulan Peribadi Muk4Buku (fb) | Hantar k3tum guna syarikat kurier

Menghantar daun ketum menggunakan khidmat kenalan yang bekerja dengan syarikat kurier berdaftar merupakan taktik baharu yang dikesan dilakukan oleh pengedar barang terlarang itu susulan pelbagai sekatan dan penguatkuasaan yang dilakukan kerajaan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Taktik tersebut dikesan digunakan oleh pengedar daun ketum melalui satu ‘private grup’ di Facebook menggunakan nama Pohon Ketum dan Encik Ketum dan hanya boleh diakses oleh individu yang ditapis sebelum di­sahkan menjadi ahli kumpulan. Kaedah tersebut yang menggunakan kenderaan syarikat kurier juga…

Tanggapan masyarakat bahawa air ketum mampu merawat penyakit diabetes dan darah tinggi adalah tidak benar dan ia hanyalah mitos kerana tiada bukti secara klinikal atau saintifik bahawa ketum mampu mengubati penyakit ‘dua serangkai’ itu.

Ramai yang percaya air ketum mampu menurunkan paras gula berlebihan dalam darah sekiranya diambil secara tradisional dengan membuang urat tengah daun tersebut.

Malah ada yang mendakwa bahawa penyakit mereka sembuh setelah beberapa tahun mengambil air ketum tanpa bergantung kepada ubat moden.

Pakar Perunding Kanan Perubatan Dalaman, Hospital Pakar KPJ Perlis, Dr. Nurazam Omar berkata, ketum atau nama saintifiknya ‘Mitragynine’ mempunyai persamaan dengan dadah jenis opiat kerana individu yang mengamalkannya boleh membawa kepada proses khayal.

“Individu yang mengamalkannya boleh menjadi khayal dan jika diambil dalam kuantiti berlebihan boleh mengakibatkan sesak nafas. Malah ia juga boleh mengakibatkkan sembelit.

“Kebanyakkan orang dahulu mengambil ketum ini untuk melegakan cirit-birit. Ada juga pembuktian bahawa ketum ini juga boleh memberikan tenaga kepada orang yang mengambilnya,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Dr Nurazam berkata, dalam dunia perubatan, kebiasannya individu yang mengalami sebarang sakit akan diberikan ubat penahan sakit yang juga dikenali sebagai morfin untuk pesakit itu tidur.

Katanya, ketum ini juga boleh mengakibatkan seseorang individu itu mengalami sawan sekiranya ia diamalkan dalam tempoh masa yang lama.

“Kebiasaannnya mengikut sejarah perubatan, seseorang yang telah dewasa (maksudnya remaja hingga tua) yang mengalami sawan ini biasanya mengambil ketum secara berlebihan. Anak yang lahir sekiranya didiagnos dengan penyakit sawan ini, kita kena lihat sejarah ahli keluarganya yang biasa mengamalkan ketum,” katanya lagi.

Beliau berkata, individu yang disahkan sawan ini kelazimannya mengambil cecair ketum yang dicampurkan dengan bahan asing seperti ubat batuk, minuman berkarbonat dan lain-lain.

Katanya, di luar negara, daun ketum digunakan untuk mengurangkan ketagihan dadah bagi menggantikan ‘methadone’ tetapi adalah lebih baik mengunakan methadone.

Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Suid, 57, berkata beliau menguna daun ketum untuk merawat cirit birit dan mampu memberi tenaga kepada mereka yang bekerja berat seperti melakukan kerja sawah.

Katanya, daun ketum yang dipetik akan dibuang urat tengah terlebih dahulu sebelum direbus bersama air sehingga mendidih dan apabila air bertukar menjadi kehijauan ia boleh diminum.

“Air ketum untuk tujuan perubatan tradisional tidak dicampur dengan bahan lain seperti ubat batuk sebaliknya ia diminum dalam kuantiti sedikit iaitu kira-kira secawan bagi mengembalikan tenaga atau merawat penyakit kencing manis dan darah tinggi,” katanya,

Malaysia adalah antara negara yang mengharamkan ketum melalui Akta Racun 1952, Seksyen 30 (3) dengan menyebutnya sebagai bahan psikotropik bagi mengawal penanaman, pemilikan dan pengedaran ketum

Laporan Kosmo Sebelum Ini, kes yang hampir sama guna kurier hantar d4dah.

di PETALING JAYA – Taktik licik tiga individu mengedar dadah menggunakan perkhidmatan penghantaran barang tidak berpanjangan apabila berjaya dihidu pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Cheras menahan seorang lelaki tempatan pukul 11.45 pagi, 11 Ogos lalu.

“Suspek ditahan di sebuah syarikat penghantaran barang di Cheras kerana menghantar barangan dipercayai dadah dan pemeriksaan ke atas kotak yang dikirim mendapati ianya dadah jenis methamphetamine seberat 2,316 gram.

“Pada pukul 2.30 petang hari sama, suspek membawa polis ke sebuah kondominium di Kajang, Selangor dan menahan seorang lagi lelaki tempatan. Seorang lagi lelaki turut diberkas kondominium sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan di kondominium itu menjumpai beberapa dokumen kiriman dan pukul 4 petang hari yang sama, suspek pertama telah membawa pasukan serbuan ke sebuah pangsapuri di Wangsa Maju.

“Hasil pemeriksaan di rumah menjumpai methamphetamine seberat 6.90 gram, ketamin (7.88 gram), heroin (2.36 gram) dan erimin 5 (4.42 gram).

“Kesemua suspek berusia 44, 59 dan 26 tahun yang ditahan tidak bekerja,” ujar beliau.

Nilai dadah yang dirampas dianggarkan RM85,000 dan mampu dibekalkan kepada 5,000 penagih di Kuala Lumpur.

Sumber Kosmo Online dan media sosial

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan sebarang jawapan berkenaan MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim Komuniti |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *