Home / Info Viral / Penunggang serta penumpang motosikal bergaduh ketika ia sedang bergerak mencemaskan pemandu kenderaan

Penunggang serta penumpang motosikal bergaduh ketika ia sedang bergerak mencemaskan pemandu kenderaan

Tindakan penunggang serta penumpang sebuah motosikal bergaduh ketika ia sedang bergerak mencemaskan pemandu kenderaan lain di sebuah simpang empat baru-baru ini.

Menerusi satu rakaman dashboard, motosikal itu dilihat sedang dinaiki oleh dua individu sebelum penumpang tersebut kelihatan menumbuk penunggang tersebut.

Keadaan itu menyebab motosikal tersebut hampir terbabas, sebelum ia berhenti sepenuhnya di atas jalan dengan kedua-dua mereka meneruskan pergaduhan.

Penumpang belakang dilihat menanggalkan helmet penunggang motosikal berkenaan, namun mereka meneruskan perjalanan beberapa ketika kemudian.

Bagaimanapun, punca kejadian itu berlaku tidak dapat ditentukan namun netizen mempunyai pelbagai teori.

Menurut Dzulhilmi Salleh pula berkata, berkemungkinan rakan penunggang motosikal itu cuba membunuh lipas, lipan atau labah-labah di dalam helmetnya.

“Mungkin ia tengah merayap nak masuk telinga, boleh haru biru oii.

“Atau kawan di depan baru bagitau, aku tak cucuk vaksin lagi tapi aku uji tadi keputusan positif, mana tak marah kawan tu,” katanya.

Yusry Fakry pula bergurau dengan berkata: “Ni mesti yang depan hisap suria (rokok), bara masuk mata.”

Bagi Suraini Md. Saat pula, mereka bergaduh kerana tidak bersetuju dengan restoran yang mahu ditujui.

“Seorang nak makan kat sini, kawannya nak makan kat sana, bergaduhlah jadinya,” katanya.

Seorang netizen, Arsyad Ayyub berkata, mereka sepatutnya berhenti dahulu sebelum bergaduh di tepi jalan.

“Lain kali berhentilah dulu, lepas itu barulah gaduh. Jangan menghalang trafik kalau betul nak bertumbuk,” katanya.-

Sumber : dari K! ONLINE dan media sosial

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan sebarang jawapan berkenaan MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim Komuniti |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *