Minta maaf, ayah saya sudah meninggal dunia kelmarin.”
Demikian perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @FdlhAzm mengenai panggilan yang diterima dari Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk bapanya yang telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 yang tular baru-baru ini di sosial media.
Menerusi perkongsian itu, @FdlhAzm berkata, dia sangat sedih apabila bapanya setiap hari akan bertanyakan bilakah tarikh janji temu untuk pemberian vaksin, namun tidak kesampaian.
Dapat call dari ppv. “Assalamualaikum encik Nor Azam, tahukah esok encik akan terima vaksin?”
Me: Mintak maaf, ayah saya sudah meninggal kemarin.
Sedihnya. Ayah hari-hari tanya bila dia akan dapat vaksin😔
— fadhilah (@FdlhAzm) August 28, 2021
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi sedih orang ramai apabila rata-rata pengguna media sosial turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita itu dan mendoakan supaya dia terus bersabar dengan ujian yang dihadapi.
“Salam takziah, saya pernah telefon untuk ingatkan orang ambil vaksin dan penerima tersebut telah meninggal dunia,” kata @FaizRais.
“Semoga awak sekeluarga terus kuat dan tabah mengharungi dugaan ini,” jelas @ShaufikMohd
“Salam takziah moga ayah awak ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” ujar @IlyajiHadi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih 17,300 ulang kicau dan 34,400 tanda suka di media sosial Twitter miliknya –
Sumber Kosmo Online dan media sosial
Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dapatkan sebarang jawapan berkenaan MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim Komuniti | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share