Home / Info Dunia Islam / Dulu, Jazirah Arab Padang Rumput. Kini,Ilmuwan Buktikan Kebenaran Rasulullah

Dulu, Jazirah Arab Padang Rumput. Kini,Ilmuwan Buktikan Kebenaran Rasulullah

Suatu masa dahulu kira-kira 6000 tahun SM, kawasan padang pasir di Semenanjung Arab sebenarnya adalah tanah yang subur dengan sungai dan tasik serta hutan menghijau.

Beberapa surah Al–Quran ada menceritakan yang tanah dari kebun-kebun yang rimbun dan subur dengan sungai-sungai mengalir bertukar menjadi padang pasir kering setelah manusia diatasnya melakukan dosa.

Banyak kawasan yang sekarang menjadi padang pasir dahulunya adalah merupakan kawasan yang kaya dengan tanaman hijau dan tumbuh-tumbuhan.  Begitu juga keadan yang sama terjadi ke atas gurun yang luas menempati sebahagian besar Afrika Utara dan Semenanjung Arab.

Penyelidikan yang dilakukan menunjukkan bahawa banyak peradaban bermula di pesisir sungai seperti sungai Indus dan sungai Nil.  Banyak orang mendiami tempat-tempat berhampiran dengan sungai kerana air adalah bahagian penting dalam kehidupan.

Manusia awal di dunia telah tinggal di kawasan lembah Nil hampir 6000 tahun dulu. Pada satu ketika, mereka telah berpindah dari Asia dan dari seluruh pelusuk dunia ke tanah Arab.

Setelah berlalunya masa sekitar beberapa abad, tanah itu berubah menjadi kawasan hijau yang kaya dengan persekitaran yang indah dan subur menjadi sumber kehidupan. Tumbuh-tumbuhan yang subur dan terdapatnya tasik air tawar terletak  di ‘Empty Quarter, atau Rubh’ Al Khali’ yang merupakan padang pasir terbesar di dunia yang dikelilingi oleh Arab Saudi, Yemen, Oman, dan UAE, selain manusia ia juga telah mula menarik kehadiran pelbagai jenis haiwan seperti gajah, badak sumbu, badak air, dan buaya datang hidup disana.

Para saintis dari NASA, telah melakukan penyelidikan untuk mengetahui sebab mengapa hujan monsun berhenti tiba-tiba.  Mereka menyatakan bahawa keadaan ini berlaku disebabkan oleh perubahan pada paksi Bumi.  Paksi yang berada pada 24.1 darjah beralih ke 23.5 darjah, ini menjadikan tanah wilayah ini lebih terdedah kepada cahaya matahari kuat secara langsung yang menyebabkan suhu meningkat dan hujan monsun mengubah arahnya.

Perubahan paksi itu berlaku disebabkan tindak balas kepada daya graviti dari sistem suria dan ia mungkin berlaku lagi apabila kecondongan terus berubah sekitar 22 dan 25 darjah setiap 41,000 tahun, menurut anggaran saintifik.

Cuaca mula berubah

Tidak lama kemudian, hujan monsun mulai menghilang sekitar 7,300 hingga 5,500 tahun yang lalu.  Hujan monsun yang menyuburkan tanah gersang berterusan untuk beberapa milenium telah berhenti secara tiba-tiba.

Tanah tidak lagi sesuai untuk tumbuh-tumbuhan, dan sungai-sungai mulai mengering.  Hujan berhenti sepenuhnya dalam jangka masa 300 tahun melenyapkan hujan monsun.  Kejadian ini mula mengeringkan tanah secara perlahan-lahan dan tidak lama kemudian tanah yang subur menghijau kaya dengan hasil tanaman telah menjadi padang pasir. Ia mengambil masa kira-kira 1,100 tahun untuk menjadi gersang dan tandus seperti hari ini.

Keadaan cuaca di Tanah Arab sangat baik pada masa itu.  Mengikut kajian, sebab utama mengapa peradaban masuk dan menetap di Arab adalah keadaan cuaca yang disebabkan oleh hujan monsun lalu menarik komuniti manusia awal ini untuk tinggal di tanah Arab.

Dijangkakan bahawa kawasan-kawasan yang telah menjadi gurun kerana pergeseran pada paksi bumi akan cenderung kembali menjadi subur dan hijau sekali lagi ketika bumi menggeser paksinya.

Sebenarnya hal ini telah di beritakan oleh Rasulullah SAW, baginda telah memberi peringatan tentang hal ini dalam sabdanya:

(لا تقوم الساعة حتى تعود أرض العرب مروجاً وانهاراً [رواه مسلم

Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhu bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai.” Diriwayatkan oleh Muslim (no hadis :157).

Kemuliaan dan Kebenaran Rasullullah S.A.W.

RASULULLAH ﷺ adalah sosok yang paling penting dalam Islam. Sebab, beliaulah yang menjadi utusan Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk mengarahkan manusia pada jalan kebenaran. Bahkan, beliau pulalah yang berusaha untuk menyebarkan Islam, hingga bisa kita terima saat ini.

Rasulullah ﷺ dikenal sebagai orang yang selalu benar. Dan memang pernyataan itu benar. Hanya orang-orang yang tak cinta terhadap Islam, yang menentang kebenaran dari apa yang disampaikan oleh Rasulullah ﷺ. Salah satu hal yang disampaikan oleh Rasulullah ﷺ adalah mengenai Jazirah Arab. Beliau mengatakan bahwa dahulu wilayah tersebut adalah padang rumput dan sungai-sungai, bukan padang pasir seperti yang kita ketahui saat ini.

Sebagaimana Rasulullah ﷺ bersabda,

“Hari Ki@mat tidak akan terjadi sehingga harta berlimpah, sehingga seseorang hendak mengeluarkan zakat hartanya tetapi ia tidak menemukan seorang pun yang menerimanya dan sehingga tanah Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai,” (HR. Muslim).

Dalam hadis tersebut jelas dikatakan bahwa Jazirah Arab dahulu adalah padang rumput. Dan pada hari ki@mat kelak akan kembali menjadi padang rumput. Nah, mungkin hal ini tidak bisa kita terima secara logika dengan baik. Tapi, tahukah Anda, bahwa ada ilmuwan yang menyatakan kebenaran hal tersebut?

Para ilmuwan mengkonfirmasi baru-baru ini bahwa zona Jazirah Arab pada suatu ketika adalah berupa padang rumput dan sungai-sungai. Fakta ini diperlihatkan melaui foto-foto Semenanjung Arab dari badan antariksa Amerika NASA baru-baru ini yang diambil melalui satelit. Dalam foto-foto ini tampak aliran sungai dan danau yang telah terku bur di bawah tanah ribuan tahun yang lalu.

Para ilmuwan mengatakan bahwa daerah Al-Rub`u Al-Khaliy dan Teluk Arab pernah seperti Eropa. Dipenuhi dengan sungai-sungai, hutan dan danau. Menurut mereka daerah ini –karena apa yang disebut peralihan cuaca—akan kembali seperti semula. Yakni, penuh danau-danau, sungai-sungai dan tanaman.

Sumber:kabarislami dan media org muo

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan sebarang jawapan berkenaan MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim Komuniti |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

inilah-laut-m4ti-bukti-b4la-yang-diturunkan-allah-swt-terhadap-kaum-nabi-luth-as-akibat-mel4wan-perintah-nya-allahu-akbar.

Inilah Laut Mati Bukti Bala Yang Diturunkan Allah SWT Terhadap Kaum Nabi Luth A.S Akibat Mel4wan Perintah-Nya ..Allahu Akbar..

Allahu Akbar.. Inilah Laut M4ti Bukti B4la Yang Diturunkan Allah SWT Terhadap Kaum Nabi Luth …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *