Home / Berita Terkini / 10 beradik menjadi yatim, Ayah maut akibat Covid-19

10 beradik menjadi yatim, Ayah maut akibat Covid-19

SEREMBAN, N9 – Seramai 10 beradik yang tinggal di Garden Avenue, Seremban 2 di sini menjadi anak yatim sekelip mata selepas kehilangan bapa tercinta akibat Covid-19 minggu lalu.

L3bih menyedihkan, anak sulung, Nurul Hafizhah Azlan, 28, yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 20 Ogos lalu terpaksa menangguhkan hasrat murni itu berikutan keadaan ayahnya, Azlan Omar, 51, yang kritikal di hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah lima hari kemudian.

M3nurut Nurul Hafizhah, majlis perkahwinan terpaksa ditangguhkan sehingga semuanya kembali reda selain keadaan kesihatan ibunya kembali pulih dan habis tempoh idah.

“Buat masa sekarang, kami adik-beradik yang bekerja perlu menanggung keluarga termasuk empat adik yang masih bersekolah iaitu berusia antara lima hingga 16 tahun.

“Kini, anak kedua yang bekerja sebagai penghantar makanan Foodpanda, Muhammad Alif Amierul Azlan, 27, menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga memandangkan dia anak lelaki sulung,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Garden Avenue, Seremban 2 di sini semalam.

Nurul Hafizhah berkata, episod duka itu bermula apabila seluruh ahli keluarga dijangkiti Covid-19 pada pertengahan bulan Julai lalu kecuali Muhammad Alif Amierul disahkan negatif kerana ketika itu dia menemani nenek yang tinggal di rumah berhampiran.

“Kami sekeluarga 11 orang termasuk emak dan ayah mendapat Covid-19 ini daripada adik (anak kelima) yang dijangkiti di tempat kerja dan tidak sangka kami satu rumah juga terkena.

“Jangkitan ini menyebabkan emak dan ayah mengalami sesak nafas teruk dan dimasukkan ke Hospital Tampin pada 28 Julai lalu,” ujarnya.-

Sumber : dari Kosmo ONLINE dan media sosial

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan sebarang jawapan berkenaan MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim Komuniti |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *