Home / Berita Terkini / [Video] Pesakit Covid-19 cuba lari hospital masih di ICU

[Video] Pesakit Covid-19 cuba lari hospital masih di ICU

Pesakit Covid-19 yang parah selepas terjatuh dari tingkat lima Hospital Sungai Buloh ketika cuba melarikan diri baru-baru ini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan bantuan pernafasan.

Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr. Kuldip Kaur Prem Singh berkata, sehingga kini pesakit lelaki itu sudah menjalani dua kali pembedahan akibat daripada kecederaan yang dialaminya.

“Ketika pesakit lelaki itu duduk di bingkai tingkap hospital, beberapa petugas hospital termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan sudah berusaha menariknya ke dalam, namun dia jatuh dan cedera.

“Sejurus insiden berlaku, ‘Code Blue’ diaktifkan dan petugas Jabatan Kecemasan segera memberikan rawatan dan membawanya ke Jabatan Kecemasan bagi tujuan rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Susulan kejadian itu, Hospital Sungai Buloh bertindak mengehadkan luas bukaan tingkap wad yang sebelum ini terpaksa dibuka bagi tujuan pengudaraan.

“Petugas barisan hadapan juga dikehendaki mengenal pasti pesakit berisiko untuk diberikan perhatian dan rawatan khusus oleh pihak wad.

“Pihak hospital membuat laporan polis dan insiden ini masih dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” ujarnya.

Kuldip berkata, sebelum kejadian berlaku, pesakit itu ditempatkan di wad aras 5 selepas disahkan positif Covid-19.

“Tindakan agresif itu berlaku selepas pihak Hospital Sungai Buloh membuat penilaian tidak membenarkan permintaan pesakit itu pulang ke rumah berikutan dia masih berada dalam kategori 3A dan hari kedua di dalam wad.

“Untuk makluman, pesakit berkenaan masih memerlukan rawatan dan pemerhatian lanjut. Dia juga bertindak mencederakan jururawat serta cuba untuk mencederakan pesakit-pesakit lain yang sedang menerima rawatan di dalam wad aras sama,” katanya. –

Sumber Kosmo dan Berita harian

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan sebarang jawapan berkenaan MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim Komuniti |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *