Home / Info Viral / [Video] Bosan stay at home , gadis ‘kuat berangan’ bersiap hias diri konon dapat jemputan dari istana… tak sangka ayah tegur sesuatu yang menyentuh hati

[Video] Bosan stay at home , gadis ‘kuat berangan’ bersiap hias diri konon dapat jemputan dari istana… tak sangka ayah tegur sesuatu yang menyentuh hati

“INIlah namanya berangan nak kahwin dengan anak raja,” begitulah antara komen netizen terhadap video seorang gadis yang bersiap-siap, teruja untuk menghadiri satu majlis jemputan dari istana.

Rakaman tersebut menunjukkan gadis itu membuat persediaan rapi menghias diri dengan menggosok baju dan tudung, memakai set aksesori sebelum dia akhirnya dilihat berdiri di sebelah Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jelas sekali perkongsian itu hanyalah sebuah ‘video berangan’ dan ia setakat ini meraih hampir 280,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Berkongsi cerita dengan wartawan mStar, Nur Alia Mohd Acha, 20, berkata, tujuan dia membuat video tersebut tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menghilangkan rasa bosan selain mahu menyakat sepupunya, Syasya Batrisyia Zainuddin yang berusia 15 tahun.

Menurut Nur Alia, sepupunya itu adalah salah seorang peminat anakanda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

“Video tu sebenarnya diambil pada awal Mac lalu, waktu tu saya bosan duduk di rumah dengan sepupu. Dia tinggal dengan saya selama tiga bulan sebab saya sunyi dan tak ada kawan selepas ibu meninggal.

“Saya dapat tahu yang dia minat sangat dengan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah. Jadi saya pun buatlah video tu, kononnya saya pula dijemput untuk hadir ke majlis di istana dan dapat bergambar dengan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Alia memadankan baju kurung bersama aksesori milik arwah ibunya di dalam video tersebut.

“Petang tu juga saya gosok baju dan siapkan segala aksesori yang diperlukan, bila agak-agak macam di rumah tak ada orang baru rekod video. Proses nak edit semuanya ambil masa dalam 30 minit saja sebab saya memang minat edit video,” katanya yang menetap di Ayer Keroh, Melaka.

Mesra disapa Alia, dia berkata ramai yang terhibur melihat hasil videonya yang berangan-angan dijemput sebagai tetamu majlis di istana.

Namun lain pula bagi bapanya, Mohd Acha Abd Manaf, 57, yang terus teringatkan arwah isteri tercinta, Nor Azah Rahmat, 53, yang telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga pada Disember 2020.

“Kawan-kawan dan keluarga terhibur tengok hasil video tersebut, mereka cakap saya ni kuat berangan. Abang pula asyik bahan saya sebab bebaju kurung lengkap dengan aksesori di dalam rumah.

“Tapi ayah kata saya kelihatan sama seperti arwah ibu bila saya pakai macam tu. Sebab baju yang saya pakai tu memang sedondon dengan ibu waktu raya tahun 2019 dan aksesori tu pun ayah belikan untuk arwah ibu.

“Waktu ayah tegur tu memang rasa sedihlah sebab masa tu masih terasa lagi kehilangan ibu, lagipun saya sempat jaga ibu sehingga dia menghembuskan nafas terakhir. Saya menangis waktu nak edit video tu kerana terkenangkan apa yang ayah cakap sebelum itu.

“Ibu meninggalkan kami sekeluarga pada Disember 2019 kerana overdose makan ubat akibat sakit kaki yang dialaminya sejak Oktober,” ujarnya pelajar Diploma Teknologi Maklumat Dan Komunikasi di Utem, Durian Tunggal, Melaka ini.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik ini, dia tidak menyangka videonya akan viral apatah lagi mengharapkan sebarang perhatian daripada mana-mana pihak.

Dia dalam masa yang sama turut berharap agar tiada yang tersalah anggap dengan video yang dimuat naiknya itu kerana ia sekadar content untuk tujuan hiburan semata-mata.

“Saya tak berharap apa-apa pun sebab ia dibuat sekadar untuk suka-suka sahaja.

Alia (dua, kiri) merakam video ini bagi menghilangkan rasa bosan di rumah.

“Saya harap tak adalah yang salah anggap tentang video saya ni. Tujuan saya buat pun hanya sekadar nak menghiburkan diri sendiri.

“Kawan-kawan memang dah tahu yang saya memang suka bab-bab buat video macam ni,” katanya.

Sumber – Mstar Online dan Media Sosial

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan sebarang jawapan berkenaan MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim Komuniti |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *