Pingat emas Malaysia milik atlet olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 didakwa telah dibatalkan atas masalah teknikal.
Difahamkan, delegasi Ukraine telah membuat protes kepada pihak penganjur kerana mendakwa Ziyad lambat memasuki callroom dan meminta agar membatalkan kemenangannya sejurus berakhir aksi final acara lontar peluru F20 di Stadium Olimpik sebentar tadi.
Ia sekali gus menyaksikan kemenangan Ziyad dengan catatan rekod dunia baharu menerusi lontaran sejauh 17.94 meter (m) dibatalkan serta merta dan ia turut tertera perkataan ‘DNS’ (Did not start) dalam laman web rasmi Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Bagaimanapun, wakil kontinjen negara juga dipercayai telah membuat bantahan semula terhadap pembatalan itu.
Bukan sahaja Ziyad, dua lagi atlet lain iaitu Todd Hodgetts (Australia) dan Congo Villalba Jordi Patricio (Ecuador) turut dibatalkan penyertaan mereka.
Jika mengikut kepada keputusan rasmi baharu di laman web berkenaan, pingat emas menjadi milik atlet Ukraine, Maksym Koval dengan catatan 17.34m, manakala perak dimenangi rakan senegaranya, Oleksandr Yarovyi (17.30m).
Pingat gangsa pula diberikan kepada atlet Greece, Efstratios Nikolaidis yang sebelum ini mengakhiri keputusan di tempat keempat berdasarkan keputusan awal.
Laporan lain
Kejayaan jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih pingat emas ‘dirompak’ oleh protes yang dilakukan oleh kem Ukraine pada pentas final di Tokyo, .
Difahamkan, kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.
Berdasarkan semakan di laman Paralimpik Tokyo, ketiga tiga atlet terbabit mendapat status ‘DNS’ sekali gus menyebabkan mereka dianggap tidak layak beraksi sekalipun Ziyad sebelum itu memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter.
Bagaimanapun, protes terbabit menyaksikan apa yang dilakukan Ziyad tidak dikira.
Keputusan rasmi menyaksikan Ukraine yang melakukan protes berjaya meraih pingat emas dan perak bagi acara lontar peluru F20.
Susulan itu, pingat emas menjadi milik Maksym Koval yang melakukan catatan 17.34 meter sekali gus menjadi rekod dunia sementara pingat perak dirangkul Oleksandr Yarovyi yang mencatat balingan 17.30.
Sumber Kosmo dan Berita harian
Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dapatkan sebarang jawapan berkenaan MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim Komuniti | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share