Home / Berita Terkini / Kerugian RM11,739 untuk kerja sambilan

Kerugian RM11,739 untuk kerja sambilan

Malang bagi seorang pelajar yang mahu mencari wang saku dengan melakukan kerja sambilan apabila dia ditipu sindiket pekerjaan tidak wujud sehingga mengalami kerugian RM11,739.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa berusia 21 tahun dari Raub tertarik dengan satu tawaran kerja sambilan untuk platform beli-belah dalam talian.

“Mangsa telah menghubungi nombor telefon pada iklan berkenaan dan berurusan dengan seorang wanita yang mendakwa pemilik Elevate Marketer Team yang membuat perniagaan dalam talian dan membantu peniaga-peniaga kecil.

“Mangsa dijanjikan bayaran komisen sebanyak 10 peratus apabila berjaya menyelesaikan tugasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya susulan itu, mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM1,497 ke dalam dua akaun berbeza dengan dua kali transaksi sebagai tugasannya pada Jumaat lalu.

Katanya pada hari sama kira-kira pukul 6.37 petang mangsa diminta memasukkan wang ke satu lagi akaun berjumlah RM3,642 dengan alasan dia dikenakan denda kerana terlewat memasukkan wang.

“Dalam tempoh sejam kemudian, mangsa membuat dua kali bayaran masing-masing berjumlah RM2,200 dan RM4,400 juga atas alasan bayaran denda.

“Mangsa sedar ditipu selepas usahanya untuk menghubungi suspek gagal dan mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Raub. –

Sumber K! ONLINE dan media sosial

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan sebarang jawapan berkenaan MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim Komuniti |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *