Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan ke-64 di Dataran Pahlawan Negara di sini dihidangkan dengan aksi pertunjukan udara oleh sejumlah pesawat pengangkut dan siri demonstrasi formasi jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Segmen pertunjukan udara TUDM itu dibarisi pesawat-pesawat pejuang iaitu Sukhoi SU30MKM, F/A-18D Hornet dan Baehawk manakala pesawat angkut pula terdiri daripada Airbus A400M dan C130 Hercules.
Segmen tersebut memaparkan kebolehupayaan dan kesiagaan TUDM hasil gabungan kemahiran dan kepakaran warga TUDM khas bagi Hari Kebangsaan tahun 2021.
Acara diakhiri dengan persembahan lagu Menang Bersama ciptaan Datuk Mokhzani Ismail yang dinyanyikan oleh artis Faizal Tahir sebagai lagu tema sambutan sederhana pada kali ini. –
Sumber K! ONLINE dan media sosial
Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dapatkan sebarang jawapan berkenaan MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim Komuniti | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share