Home / Info Viral / [Video] Meskipun Duit Cuma Tinggal RM2, Pakcik Penjaga Lori Ikhlas Berikannya Demi Bantu Gadis Ditimpa Kesusahan Kehabisan Minyak Motosikal

[Video] Meskipun Duit Cuma Tinggal RM2, Pakcik Penjaga Lori Ikhlas Berikannya Demi Bantu Gadis Ditimpa Kesusahan Kehabisan Minyak Motosikal

“Pak cik itu hanya ada RM2, tetapi dia tetap bantu saya untuk isi minyak.”

Itulah perkongsian seorang wanita yang dibantu seorang warga emas selepas motosikal yang ditunggangnya kehabisan minyak yang tular di media sosial baru-baru ini.

Berdasarkan sebuah video berdurasi dua minit yang dikongsi @Fitry.care di TikTok, wanita itu kelihatan sedang mengalami masalah apabila motosikalnya kehabisan minyak.

@fitry.care

Walaupun duit beliau tinggal Rm 2 ,beliau masi mau membantu saya 🥺#tawau #peduli #sabah

♬ bunyi asal – Fitry.care – Fitry.care

Ketika kejadian, wanita ini bertemu dengan seorang lelaki warga emas yang berkerja sebagai penjaga lori.

Bagaimanapun, warga emas itu rupa-rupanya mengalami masalah pendengaran dan selepas itu, dia memakai alat pendengaran, barulah memahami kata-kata wanita itu.

Wanita ini cuba untuk meminjam wang sebanyak RM2 daripada warga emas itu dan tanpa disangka, lelaki itu segera memberikannya duit.

Lebih mengharukan apabila lelaki itu memberitahu, dia hanya mempunyai wang sebanyak itu dan bercadang untuk menggunakan bagi membeli kuih.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih satu juta tontonan dan 171,000 tanda suka di akaun TikTok miliknya –

Sumber K! ONLINE. dan media sosial

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *