Video Adik Comel Yang Berusia 4 Tahun Membaca Hadis & Terjemahan Al-Quran Ini Mendapat Lebih Dari 29k Retweets. Masyaallah
Kisah viral video beberapa ketika lalu tentang seorang kanak-kanak perempuan membacakan hadis dan terjemahan Al-Quran dengan lancar meskipun baru berusia 4 tahun.
Berkongsi video tersebut di twitter, Hanisah berkata sepupunya iaitu Wan Adriana Arissa yang baru berusia 4 tahun belajar hadis dan terjemahan tersebut di Tadikan PASTI dekat Sibu, Sarawak.
My cute little cousin ni memang suka baca berulang kali something yang dia dah belajar so I asked her untuk baca hadis yang dia dah belajar…
My cute little cousin ni memang suka baca berulang kali something yang dia dah belajar so I asked her untuk baca hadis yang dia dah belajar. Aaaaaaaaa meh la dengar sekali I swear tak rugi kalau you guys tengok 😭😍♥️ pic.twitter.com/IPQLfcSqcn
— 𝐻𝑎𝑛𝑖𝑠 (@nisssssss_) August 18, 2019
Tapi tak mustahil kan? Sebab kanak-kanak ni jenis cepat belajar dan mudah menerima apa ilmu yang mereka dapat.
Lagipun Adriana ni jenis suka belajar, perkara itu dikongsikan sendiri ibu Adriana kepada Hanisah.
Umi dia kata since masuk tadika, setiap kali balik mesti dia baca ulang kali apa yang belajar haritu”
Ya Allah this is soooooo cuteeeeee jadi anak yang solehah yeee sayanggggg…
Sejak video adik Wan Adriana dimuatnaik ke twitter pada 18 Ogos sehingga kini telah memperoleh hampir 30k retweets dan likes.
Rata-rata netizen cair dengan kecomelan dan kepintaran Adriana yang baru berusia 4 tahun ini.
Alhamdulillah, sejuk perut ibu yang mengandung
Sumber : Lobak Merah via Kongsisibomonicko
Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share