Home / Berita Terkini / [Video] Aishah positif Covid-19, Demam, semput, oksigen tak normal,

[Video] Aishah positif Covid-19, Demam, semput, oksigen tak normal,

Selepas mengalami gejala demam panas dan semput, penyanyi Aishah mengesahkan dirinya kini positif virus Covid-19.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 56, telah memuat naik sebuah video menerusi akaun Instagramnya yang menunjukkan dia sedang melakukan ujian calitan di rumahnya.

“Covid positif, tolong doakan kami,” tulisnya ringkas dalam Instagram.

Dalam pada itu Aishah yang cuba dihubungi Kosmo! bagaimanapun pun tidak dapat menjawab panggilan telefon kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

“Saya tidak larat untuk jawab telefon. Sekarang, saya sedang tunggu doktor datang untuk membuat penilaian sama ada saya boleh kuarantin di rumah atau perlu dirawat di pusat kuarantin,” tulisnya menerusi WhatsApp.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram, keadaan Aishah terlihat mengah dan agak lemah.

Malah ketika pemeriksaan kesihatan dilakukan sebelum dibuat ujian calitan oksigen Aishah juga tidak berada pada tahap normal.

“Saya memang sudah ada penyakit asma dan sekarang mempunyai gejala seperti demam panas dan semput. Doakan saya supaya kuat dan cepat sembuh,” mohon Aishah.

Dalam pada itu, suaminya disahkan negatif manakala, dua anak lelakinya Armand Azhari, 28, dan Azhad Ahlami, 23, masih menunggu keputusan ujian calitan.

“Anak-anak akan dapat keputusan ujian calitan esok. Harap mereka negatif.

“Alhamdulillah, suami saya disahkan negatif, maknanya setakat ini saya seorang sahaja yang positif Covid dalam keluarga kami,” kata penyanyi Janji Manismu itu. –

Sumber K! ONLINE dan media sosial

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *