Home / Berita Terkini / Tun Sakaran Dandai meninggal dunia

Tun Sakaran Dandai meninggal dunia

Perkara itu disahkan anak ketiganya, Datuk Seri Nasir Sakaran ketika dihubungi.

“Ya benar ayah kami sudah meninggal dunia pagi ini. Jenazah akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan dimakamkan di Makam Pahlawan, ” katanya.

Pada 18 Ogos lalu, Sakaran, 91, dimasukkan ke sebuah hospital swasta kerana disyaki dijangkiti Covid-19, sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 25 Ogos.

Laporan Media Sebelum Ini  (25 August 2021)

Kota Kinabalu: Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai dimasukkan ke sebuah hospital swasta, dekat sini, sejak Rabu minggu lalu selepas dijangkiti Covid-19.

Anak ketiga Sakaran, Datuk Seri Nasir Sakaran berkata, ayahnya berada dalam keadaan baik dan stabil ketika mula-mula dimasukkan ke hospital.

Namun, katanya, ayahnya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sejak semalam atas nasihat doktor supaya dapat dipantau dengan rapi.

“Sebelum ini, ayah mengadu kurang sihat termasuk mengalami batuk yang berpanjangan.

“Jadi, kami membawa beliau untuk mendapatkan rawatan namun disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan.

“Beliau terus dimasukkan ke hospital pada hari sama kerana bimbang dengan kesihatannya memandang sudah berusia 91 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Nasir berkata, dia bersama ahli keluarga lain kini hanya berhubung dengan ayahnya melalui panggilan video bagi bertanyakan khabar kesihatan beliau.

“Alhamdulillah… Sebentar tadi saya baru membuat panggilan video dan ayah memaklumkan beliau dalam keadaan baik.

“Beliau turut meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan dan kesihatannya,” katanya.

Sebelum ini, Tun Sakaran pernah memegang jawatan bekas Ketua Menteri Sabah dan bekas Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).

Sumber: harian Metro dan Media Sosial

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *