Home / Info Viral / [VIDEO] Runtun Air Mata warganet, OKU & Warga Emas Cari Rezeki Dengan Senyuman

[VIDEO] Runtun Air Mata warganet, OKU & Warga Emas Cari Rezeki Dengan Senyuman

Tumpat: Keramahannya melayani pelanggan walau sesekali ada yang berkerut dahi kerana tidak memahami apa yang dituturkan langsung tidak menjadi masalah.

Sebaliknya lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dikenali sebagai Ismail Ilias, 49, ini tidak pernah letih melayani pelanggan yang datang ke kedai kecilnya di pasar Chabang Empat di sini walau sesekali dilihat berhempas pulas bercakap untuk cuba memberi kefahaman.

Pergerakan Ismail yang berjalan terhencot-hencot manakala kedua tangannya juga sesekali mengerekot tidak menimbulkan halangan untuknya berniaga secara kecil-kecilan sebagai kelangsungan hidup menyara diri dan ibu yang sudah tua serta dua adik.

Ismail berkata lot kedai di pasar itu sudah disewanya sejak 11 tahun lalu dengan kadar RM1 sehari menerusi seorang rakan dengan menjual pelbagai mainan kanak-kanak, sabun, kad tambah nilai dan barangan runcit lain.

“Sebelum ini jualan agak laku juga tapi sekarang orang makin kurang datang ke pasar dan kanak-kanak juga tiada menyebabkan mainan tidak terjual.

“Sekarang paling banyak saya dapat boleh mencecah RM100 sehari dan paling sedikit pula RM20 tapi semua itu saya anggap sebagai rezeki yang perlu disyukuri,” katanya.

Dengan mengayuh basikal roda tiga, Ismail akan ke pasar itu setiap hari untuk memulakan operasi perniagaannya pada jam 7 pagi dan tamat kira-kira 1 petang.

Tidak cukup dengan itu, perniagaan kecil-kecilannya akan disambung lagi pada sebelah petang iaitu selepas Asar sehingga jam 7 malam dengan menjaja makanan ringan termasuk kek kismis yang dihasilkan adik perempuannya, Nor Asiah Ilias, 30-an, di hadapan pasar terbabit.

“Saya perlu kerja kuat untuk menyara hidup terutama selepas kematian ayah tiga tahun lalu selain perlu membayar sewa rumah sebanyak RM400 sebulan.

“Adik lelaki lepasan tahfiz hanya mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran di rumah manakala adik perempuan pula membuat kek untuk saya jual..Alhamdulillah, rezeki tetap ada untuk kami asalkan berusaha,” katanya.

Dia yang berasal dari Narathiwat, Thailand bagaimanapun sudah lebih 40 tahun menetap di sini.

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share
Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *