Home / Info Viral / Dapat Pelanggan Orang Susah, Peguam Baik hati Terima Ketam Sebagai Ganti Duit Untuk Upahnya

Dapat Pelanggan Orang Susah, Peguam Baik hati Terima Ketam Sebagai Ganti Duit Untuk Upahnya

Seorang lelaki yang bekerja sebagai peguam menjadi tular dan popular selepas membantu kliennya yang dalam kesusahan dan tiada duit.

Peguam yang dikenali sebagai Noel Allen Bose dan berasal dari bandar Sorsogon mendedahkan dirinya menerima ketam sebagai bayaran kerana mempertahankan anak guamnya di mahkamah.

Anak guamnya bukanlah orang yang berduit dan sebaik sahaja habis perbicaraan, anak guamnya memaklumkan dirinya tiada duit mencukupi untuk membayar khidmatnya dan anak guamnya menawarkan beberapa ekor ketam sebagai ganti.

Noel Allen Bose kemudian dengan baik hatinya menerima ketam yang ditawarkan kepadanya dan tidak meminta bayaran tambahan. Hal ini kerana Noel sememangnya memahami keadaan kewangan anak guamnya.

Meskipun sudah tahu dari awal, Noel tetap terkejut ketika anak guamnya menghantar beberapa ekor ketam kepadanya.

Noel kemudian memuat naik gambar dirinya dengan beberapa ekor ketam di media sosial dan meluahkan rasa bangga kerana dapat membantu orang susah. Noel turut berterima kasih kepada netizen yang memberikan kata-kata positif kepadanya.

Noel turut memuatnaik gambar ketam yang sudak dimasaknya:

“Makan ketam sangat mengenyangkan perut, tetapi reaksi anda semua pada kiriman ini membuatkan hati saya lebih ‘kenyang’.

“Saya juga nak berterima kasih kepada para peguam yang bekerja untuk kerajaan dan swasta. Mereka biasanya jarang berkongsikan cabaran yang dilalui mereka tetapi mereka rajin dan setia pada janji mereka untuk membantu sesama warga Filipina”

Sumber koolfm dan Media Sosial

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *