Home / Usahawan / Cawangan Pertama Sabasun Di Luar Terengganu

Cawangan Pertama Sabasun Di Luar Terengganu

SABASUN BUKA CAWANGAN
DI KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR – Sabasun, syarikat peruncitan milik Muslim yang terkenal di Terengganu, telah membuka cawangannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ini adalah cawangannya yang pertama di luar negeri Terengganu.

Pasaraya Sabasun Hyperuncit Sdn. Bhd. telah mula beroperasi secara rasmi pada Sabtu, 10 April 2021 di Bangunan Legasi Kampung Baru, Kuala Lumpur yang juga merupakan bangunan komersial mewah milik Muslim yang dibangunkan oleh UDA Property.

Ia diasaskan oleh Haji Che Ibrahim bin Haji Abdul Kadir dan Hajah Saleha binti Mohammad sebagai Pengerusi. Anak-anak mereka iaitu Che Salmi bin Haji Che Ibrahim sebagai Pengarah Urusan dan Che Salman bin Haji Che Ibrahim sebagai Pengarah Operasi.

Sabasun ditubuhkan pada 2 April 1995 dengan pengenalan konsep “Harga Muroh Sokmo” atau “Always Low Price.” Kini ia mempunyai enam cawangan iaitu di Bukit Kecil, Kuala Terengganu, Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu, Ajil, Kijal, Kemaman dan yang terkini, di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Kita gembira semakin banyak pasaraya Muslim dibuka. Kita ada nama-nama pasaraya dan mini market yang kian terkenal seperti Ikhwan Mart, Lesong Mart, Elewsmart, Mykampung Freshmart, 77 Mart, Az-Zain dan tentu sekali Malakat Grocer.

Mereka sama-sama akan bersaing dan sama-sama akan membangun untuk kepentingan pengguna Muslim. Kita ni pulak, mulalah berfikir macam mana kita boleh bantu usahawan Muslim ni.

Paling kurang pun, kalau sebuku roti yang harganya sama, belilah di kedai runcit Muslim. Pindahkan belanja di situ. Itu tanda kita menyokong. Kayakan mereka sebab bila mereka kaya, mereka akan tunaikan zakat, sedekah dan infaq.

Tapi kita tak sedar yang selama ini kita dah kayakan orang lain yang bila dah kaya tak ingat nak bantu kita pun. Lagi pun, sekaya-kaya orang kita, mereka tak akan jadi top jutawan di Malaysia.

Kalau orang yang paling kaya di kalangan kita itu tak top lagi, inikan pula kita dan bangsa kita…

sumber: FB Sabasun

________________________________

Bagaimana aplikasi bmf community mampu membantu usawahan Muslim Malaysia

Peniaga peniaga di luar sana mendaftarlah segera lokasi perniagaan anda,dengan sambutan dari rakyat Malaysia untuk mengutamakan produk dan perniagaan yg dimiliki muslim

Ramai yg sukar untuk ke lokasi perniagaan anda sebab kebanyakannya masih belum tahu tentang keberadaan perniagaan anda dimana berada

Pendaftaran percuma sahaja,dengan 1 pendaftaran wajah kedai anda tempampang di pencarian kedai berdekatan

Bagi pengguna android boleh install di Google store https://play.google.com/store/apps/details?id=org.appdolph.login.android5eb57bf499562

Untuk pengguna ios boleh register di sini buat sementara waktu seblum kami launching di applestore https://bit.ly/bmfcommunity

Mendaftar lah segera,dan muat turunlah sekarang

Advertisement

About admin

Check Also

Dihimpit Kemiskinan Nenek Tidur Dalam Almari Di Tepi Jalan

SURABAYA: S3buah @lmar1 k@yu b3rukuran 75 s3ntimet3r (cm) t!nggi dan 100 cm p@njang m3njadi ‘rum@h’ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *