Terima kasih sebab anda semua sudah pun membantu 4,000 peniaga kecil yang hilang mata pencarian. Mungkin suami mereka hilang kerja dan sebagainya.”
Demikianlah ucapan terima kasih dengan nada sebak dan air mata berguguran selebriti popular, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin kepada orang ramai apabila tudung keluarannya, Tudung Fazura berjaya terjual sekitar 80,000 helai dalam tempoh hanya dua jam.
Dalam 1 video yang dimuat naik dalam Instagram, isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu tidak dapat menahan emosi apabila ramai rakyat Malaysia memberikan sokongan terhadap tudung keluarannya sekali gus membantu mereka yang terkesan disebabkan pandemik Covid-19.
“Kenapa saya jual RM27 sekali lagi, saya nak semua orang mampu untuk beli. Kita nak bantu dan ini bukan untuk saya sahaja. Kalau saya nak kaut untung boleh sahaja saya jual mahal-mahal lagi.
“Ini supaya ramai boleh beli dan ramai dapat bantu. Kebanyak daripada mereka terdiri daripada kaum wanita. Ibu-ibu, untuk ibu tunggal dan sebagainya. Mereka dah banyak hilang mata pencarian. Macam-macamlah dugaan yang mereka hadapi,” ujar Fazura yang baru bergelar usahawan tudung sejak Julai tahun ini.
Dengan hasil jualan tudung sebanyak 80,000 helai, dianggarkan dalam tempoh dua jam, jualan mencecah RM2.16 juta memandangkan sehelai tudung hanya berharga RM27.
Perkara tersebut juga didedahkan beberapa netizen melalui ciapan mereka dalam Twitter.
“Dalam 2 jam 80,000 helai dah ‘sold out’, semoga dimurahkan rezeki selalu Fazura and selalu kongsi rezeki dengan semua orang,” ciap seorang netizen.
“Dalam tempoh 2 jam, dah dapat jualan RM2.16 juta. Formulanya mudah, jual sahaja murah, orang ramai dapat beli, niaga sekejap tapi dah untung,” tulis seorang lagi netizen lagi.
Sebelum ini, ibu kepada Nur Fatima Aisya menarik perhatian ramai apabila Nur Fatima Aisya menjual tudung dengan harga semurah RM27 dengan niat untuk membantu golongan yang terkesan disebabkan permasalahan Covid-19.
Dedahnya juga, harga RM27 diletakkan untuk jenama Tudung Fazura mempunyai nilai sentimental buat dirinya.
“Angka 27 merupakan nombor yang saya suka iaitu tarikh ulang tahun kelahiran saya serta tarikh Fattah melamar saya,” kongsinya. – K! ONLINE
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share