Home / Berita Terkini / Negarawan, Tun Ahmad Sarji Kembali Ke Rahmatullah

Negarawan, Tun Ahmad Sarji Kembali Ke Rahmatullah

Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi di sebuah hospital kerana komplikasi Covid-19.

Utusan Malaysia mendapat khabar menyedihkan itu daripada bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar.

“Selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan, dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan pengerusi kami, Tun Sarji telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi, pukul 1.40 pagi,” katanya.

Terdahulu, satu mesej telah dipanjangkan kepada Utusan Malaysia, dipercayai daripada keluarga Tun Ahmad Sarji memaklumkan jenazah Ahmad Sarji masih di hospital.

“Jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan urusan seterusnya akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Ahmad Sarji adalah negarawan yang merupakan bekas Ketua Setiausaha Negara ke-9.

Allahyarham berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara dari 1 Februari 1990 hingga 16 September 1996.

Ahmad Sarji dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras pada 7 Ogos lalu akibat komplikasi Covid-19.

Dalam pada itu, perkhabaran tersebut turut dikongsi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dalam Facebooknya.

Menurut beliau, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi.

“Allahyarham seorang tokoh pentadbir perkhidmatan awam yang amat disegani serta dihormati sewaktu dalam perkhidmatan.

“Pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar buat negara melalui jasa dan bakti yang telah dicurahkan selama ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya.

Sumber Berita Harian

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *