Home / Info Viral / Inilah [Video] pengawal keselamatan dipukul | dan merupakan rakaman lama kata Polis

Inilah [Video] pengawal keselamatan dipukul | dan merupakan rakaman lama kata Polis

IPOH Perak, Polis mengesahkan video tular yang memaparkan seorang pengawal keselamatan diserang lelaki dalam kejadian di sebuah kondominium di sini merupakan video lama.

Semakan mendapati, kejadian itu sebenarnya berlaku pada 29 Disember 2020 lalu dan pihak polis telah menahan suspek yang terlibat untuk siasatan.

“Namun, kejadian ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli keluarga mangsa dengan mendakwa punca kematian disebabkan kejadian pukul tersebut serta menularkan rakaman video dan gambar mangsa ketika kejadian pada 29 Disember 2020 itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian itu berpunca daripada tindakan suspek yang tidak berpuas hati terhadap mangsa menghalang anaknya daripada menggunakan kolam renang.

Menurut beliau, mangsa bertindak melarang kerana pada ketika itu kolam renang tidak dibuka kepada orang ramai.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya di mana suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan pada 6 Januari lalu.

Youtube Link https://youtu.be/yQZM6bbf7sI

“Kes tersebut juga dijadualkan disebut semula pada 9 September ini bagi tujuan sabitan hukuman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lelaki itu meninggal dunia di rumahnya dan laporan bedah siasat oleh pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mengesahkan mangsa mati akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Bagaimanapun, kata Mior Faridalathrash, kejadian ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli keluarga mangsa dengan mendakwa punca kematian adalah disebabkan dipukul dan bertindak menularkan rakaman serta gambar kejadian itu tahun lalu. –

Sumber kosmo ONLINE dan Media Sosial

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera  https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim |  Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans    https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *