Home / Isu Semasa / Apa Hukuman Setimpal buat Rakyat Malaysia Terbalikkan Bendera?

Apa Hukuman Setimpal buat Rakyat Malaysia Terbalikkan Bendera?

Masih berlakukah bendera Malaysia terbalik tahun 2021 ni

Isu bendera kian hangat dikatakan bila hampirnya hari sambutan kemerdekaan Malaysia

Ia amat sensitif buat rakyat Malaysia yang sangat patriotik cintakan negara yang tinggi bila berlakunya pemasangan bendera terbalik, amat menyedihkan apabila orang yang pasang bendera adalah orang yang meningkat dewasa

Sepatutnya sudah pastilah sudah lebih maklum akan cara pemasangan bendera, mengimbas kembali kes pemasangan bendera terbalik tahun lepas dan sebelumnya

Seperti kes di sebuah sekolah, Kalau sekolah pun pasang bendera tak betul, macam mana kita nak harapkan untuk didik minda anak muda anak sekolah untuk cintakan negara?

Antara kita pun masih ada yang tak tahu nama bendera Malaysia kan?

Sekolah ni ada tanggungjawab yang lebih besar untuk memupuk sifat rasa cinta akan negara dan perpaduan antara rakyat Malaysia,sekolah cerminan kepada masyarat sebab itu adalah tempat mendidik anak nusa bangsa

Tapi kalaulah benda asas untuk pasang bendera pun kita boleh gagal . Lagi lagi Sekolah adalah cerminan kepada anak anak pelajar dan masyarakat di luar

Katanya ketika itu kes tahun lepas kerani yang salah pasang.

Takkanlah kita setiap pagi tiada nyanyi Negaraku sambil naikkan bendera masa perhimpunan, baca ikrar Rukunegara, buat mural bendera Malaysia, kelas seni lukis bendera sebelum ini selalu didedahkan termasuklah di media sosial?

Bukan setakat kenali bendera, malah ciri ciri bendera pun lazimnya diketengahkan di sekolah. Bucu bintang dan jalur ada berapa, maksud warna dan semuanya ada erti yang mendalam kepada setiap rakyat Malaysia.

bendera ni budak kecil umur belum dewasa pun boleh kenal. Kalau  bendera negara lain pun dia boleh kenal.

Beratus negara kat dunia ni kenakan hukuman berat pada sesiapa yang menghina bendera mereka.

Semoga tahun ini tidak lagi kedengaran pemasangan bendera terbalik dan patut ada tindakan tegas buat orang awam yang memasangi bendera terbalik dikenakan tindakan sebagaimana ketua polis johor laksanakan sebelum ini

Advertisement

About admin

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *